Selasa, 19 September 2023

TANAM PADI - KEMPEN BUMI HIJAU




Krisis beras, adakah kerajaan bersedia?

Ketika kenaikan harga beras terus menjerut orang ramai, persoalan timbul mengenai kesediaan kerajaan untuk menguruskan masalah bekalan makanan ruji rakyat Malaysia itu. 

Kenaikan harga beras dunia mengakibatkan harga beras import dalam pasaran tempatan turut naik, sekali gus dijangka meningkatkan kos operasi di kedai dan restoran. 

Koordinator Forum Kedaulatan Makanan Malaysia Nurfitri Amir Muhammad berkata, mustahil masalah bekalan makanan tempatan kurang secara semula jadi. 

“Petani masih menjual padi mereka, jadi tidak boleh salahkan mereka untuk mengatakan hasil kurang,” katanya kepada MalaysiaNow. 

“Pelbagai spekulasi timbul apabila kerajaan pun membuat kenyataan yang berbeza. 

"Apa yang berlaku ialah di peringkat kilang dan runcit.” 

Harga beras import naik sehingga RM38 untuk setiap 10kg, manakala harga beras putih tempatan dikawal peringkat peruncit pada kadar RM2.60 sekilogram. 

Menurut Nurfitri, tahap sara diri padi negara ialah pada 65%. 

Ini bermakna pasaran perlu mempunyai bekalan sekurang-kurang pada peratusan yang sama. 

Beliau merujuk kepada kenyataan yang mendakwa aktiviti menukar kampit beras tempatan kepada beras import untuk mendapatkan keuntungan.

Selain itu, katanya bahagian kawal selia padi dan beras memaklumkan akan mengambil 20% beras daripada setiap kilang diberikan kepada pihak dilantik kerajaan untuk mengeluarkan beras tempatan. 

“Baru-baru ini, pengguna pula dikatakan membeli beras berlebihan, jadi dihadkan pembelian untuk pengguna.

"Kenyataan tidak konsisten ini menunjukkan ada sesuatu yang orang ramai tidak tahu," katanya. 

Pada peringkat global, India yang merupakan pengeksport beras terbesar dunia melarang bahan itu dieksport ekoran cuaca panas. 

Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin pula memberi amaran pada Jun lalu harga beras import akan meningkat pada bulan-bulan mendatang. 

Di Asia Tenggara, Filipina membuat pakatan dengan Vietnam untuk membeli beras dari negara tersebut manakala Presiden Indonesia, Joko Widodo mengutarakan cadangan membeli beras dari Kemboja, China dan Bangladesh. 

Padiberas Nasional (Bernas), satu-satunya syarikat yang diberikan lesen mengimport beras mengumumkan kenaikan harga beras import sebanyak 36% iaitu daripada RM2,350 per metrik tan kepada RM3,200 per metrik tan bermula 1 September. 

Felo pelawat kanan Khazanah Research Institute, Fatimah Mohamed Arshad berkata, peranan diplomasi perlu diketengahkan untuk negara menjamin bekalan padi. 

“Indonesia telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan India berkaitan potensi mengimport satu juta tan beras. 

“Kita boleh mendekati negara seperti Pakistan, Myanmar, Brazil dan Uganda untuk bekalan beras import," katanya. 

Nurfitri berkata, lesen mengimport beras yang hanya diberikan kepada Bernas bermakna hanya syarikat itu yang mempunyai jawapan kepada usaha mengimport beras. 

“Kalau hendak mendapatkan bekalan, perlu buat perjanjian semasa harga beras murah. 

“Mengimport beras pada harga sedang tinggi bertentangan dengan kepentingan korporat mereka. Inilah kesan penswastaan," katanya. 

Dalam pada itu, pakar ekonomi daripada Institut Iris, Adilah Zafirah berkata, subsidi beras dan kawalan harga hanya penyelesaian sementara dan tidak mampu menyelesaikan masalah selagi kartel tidak dihapuskan daripada rantaian bekalan padi negara. 

“Kita boleh mencapai bekalan beras tempatan untuk tampung keperluan penduduk malah tak mustahil untuk eksport beras satu hari nanti dengan kekayaan sumber dan usaha-usaha yang ada dengan syarat atasi masalah akar iaitu kartel.

"Terengganu sudah menunjukkan bukan sekadar amalan pertanian yang baik tetapi satu model rantaian bekalan yang boleh ditiru di peringkat nasional," katanya.





WOIT

SUBSIDI HANYA

UBAT SEMENTARA

AMIN

IMPOT KITA WAJIB

IKUT RENTAK

PEMBEKAL LUAR

AMIN

PALING SELAMAT

TANAM PADI SENDIRI

AMIN

SELAIN DARI PADI

TANAM JUGA

UBI KELEDEK

KELADI

AMIN 

MULAKAN KEMPEN

 BUMI HIJAU

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah lama cakap, dulu di sekolah kami semua diajar buat rumah hijau, setiap kelas akan buat tanaman dijaga seluruh kelas, macam ada pertandingan lah, sejak kecil diajar menghasilkan tanaman, sekarang kita ajar anak-anak main komputer main handphone nak salahkan siapa? Kot kot dalam komputer boleh hasilkan beras tak? Cara moden tak sama orang lama tapi nasi tetap sama kalau tidak hargai pun tak apa bantu mereka bercucuk tanam kah kah kah janganlah tindas dengan bagi tanah luas kepada China Merah macam di Serkam Mekka woit