Selasa, 14 November 2023

DATUK BOTAL LAGI


Wan Fayhsal dakwa 'Datuk Botak' dalang utama ahli Parlimen pembangkang sokong Anwar


KETUA Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini mendakwa dua individu bertanggungjawab memujuk ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau mendakwa individu terbabit adalah “Datuk botak” dan bekas setiausaha politik Anwar.

“Jelas bahawa terdapat langkah terancang oleh perdana menteri dan kepimpinan kerajaan perpaduan untuk menyogok dan memberi suapan melalui janji-janji bantuan kewangan kepada ahli Parlimen Bersatu bagi kawasan mereka dan juga untuk mereka secara peribadi.

“Terdapat satu video menunjukkan identiti seorang lelaki botak yang memainkan peranan untuk menyogok dan mengugut Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong Perdana Menteri ke-10,” kata Wan Fayhsal pada sidang media di Parlimen hari ini.

Wan Fayhsal mendakwa video di Facebook dan TikTok menunjukkan usaha menarik sokongan ahli Parlimen pembangkang.

Beliau juga berkata video itu menjelaskan peranan bekas pembantu setiausaha politik PM dalam perkara ini.

“Video ini juga tular di Facebook, Tiktok dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya tahu dan mengambil tindakan kerana jelas keempat-empat ahli Parlimen Bersatu telah didesak, ditekan dan diugut dengan tindakan SPRM jika enggan beri sokongan.

“Hal ini jelas merupakan satu salah guna kuasa oleh perdana menteri dan satu bentuk rasuah dan perbuatan ini juga menghina peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkenaan undang-undang lompat parti dan bercanggah dengan amalan demokrasi,” kata ahli Parlimen Machang itu.

Minggu lalu empat Ahli Parlimen Bersatu berikrar menyokong Anwar tetapi berkata mereka tetap setia kepada Bersatu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang).

Bersatu menggantung keahlian Iskandar selama empat tahun dan Suhaili selama enam tahun. Keputusan untuk dua lagi ahli Parlimen masih belum diumumkan.

Pada Khamis Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal juga dari Bersatu berkata beliau akan menyokong Anwar.

Wan Fayhsal juga berkata laporan polis dibuat berhubung dakwaan rasuah, umpan atau ugutan berikutan tindakan beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional yang mengisytiharkan sokongan mereka kepada perdana menteri.

Tambahnya mereka juga akan membuat laporan kepada SPRM.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution berkata pihak berkuasa tidak menerima sebarang laporan berkenaan ahli Parlimen pembangkang disogok atau diancam untuk menyokong perdana menteri.

Beliau berkata polis mahupun SPRM tidak menerima sebarang aduan berhubung perkara itu.

“Setakat pagi ini ketika pegawai sedang menyediakan jawapan (Parlimen), tiada aduan difailkan berhubung dakwaan ahli Parlimen pembangkang menerima tawaran, sogokan dan ugutan untuk menyokong PM,” katanya semasa sesi soal jawab. – 14 November, 2023.

KAH KAH KAH

WOIT

DATUK BOTAK NI

BANYAK DUIT KE?

KAH KAH KAH

DULU NIAGA

PINK FORM KE ?

KAH KAH KAH

DARI MANA

DATUK BOTAK NI

DAPAT FULUS ?

KAH KAH KAH

MACAM NAJIB

JUGA  KE DAPAT

FULUS DARI

ANAK RAJA SAUDI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: