Ahad, 5 November 2023

SAPA KACAU ORANG ASLI


Dedah nama pengacau, kata Orang Asli kepada KP Jakoa

KETUA Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Sapiah Nor berdepan kritikan kumpulan Orang Asli selepas beliau menuduh ada kumpulan yang diupah untuk menimbulkan kekacauan.

Sapiah sebelum ini dilaporkan Utusan Malaysia yang beberapa kumpulan NGO mewakili komuniti itu memberitahunya yang mereka diupah untuk membuat kacau berkaitan isu Tanah Orang Asli.

Sapiah bagaimanapun tidak menamakan kumpulan tersebut, berkata yang perkara itu timbul selepas pertemuan antara Jakoa dan kumpulan NGO Orang Asli.  

Beliu turut mendakwa yang ada pihak tertentu mahu melihat Orang Asli terus hidup dalam persekitaran tidak membangun.

Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia bagaimanapun menafikan dakwaan Sapiah, berkata mereka “terkejut” dengan dakwaan dibuat ketua pengarah itu.

“Pengakuan yang dibuat oleh tokoh yang KP katakan itu, bukan sahaja tidak betul tetapi telah memperlekehkan perjuangan NGO-NGO Orang Asli selama ini dan juga memberi maksud bahawa NGO-NGO Orang Asli adalah bodoh dan boleh dipergunakan oleh pihak lain untuk kepentingan mereka sendiri dengan mudah,” kata Pengerusi Tijah Yok Chopil dalam satu kenyataan.

Tijah turut menggesa Sapiah mendedahkan nama kumpulan dan pemimpin yang terlibat dalam dakwaannya itu.

“Kami berharap KP bersedia untuk bertanggungjawab atas semua kenyataan tersebut dan Ikhlas menjernihkan keadaan.”  – 5 November, 2023.

YANG ROMPAK

TANAH

ORANG ASLI

TAK DITUDUH

PENGACAU

AMIN

WAT IS

DE BEKOS

AMIN

MASYUUUK KE

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: