Isnin, 18 September 2023

SAH - RAMAI WARGA JADI MANGSA


2,079 kes tipu dalam talian di Johor, kerugian lebih RM71 juta

KES jenayah penipuan dalam talian di Johor meningkat 15.5 peratus kepada 2,079 kes dari Januari tahun ini hingga semalam berbanding 1,800 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata jumlah kerugian sebanyak RM71.857 juta direkodkan pada tempoh itu berbanding RM57.026 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata belian dalam talian menjadi penyumbang terbesar jumlah kes tahun ini iaitu 485 kes diikuti pelaburan tidak wujud sebanyak 382 kes, phone scam (368 kes), tawaran kerja (361 kes) dan pinjaman tidak wujud (338 kes).

“Sebanyak 478 kes daripada 2,079 kes dilaporkan oleh mangsa kepada National Scam Response Centre (NSRC) bagi tujuan sekatan aktiviti ke atas akaun bank terbabit,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai agar lebih berwaspada apabila berurusan secara dalam talian bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Kamarul Zaman berkata orang ramai perlu menyemak terlebih dahulu talian telefon dan akaun bank yang digunakan suspek melalui aplikasi Semak Mule yang disediakan dalam talian oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

“Orang ramai juga diseru agar sentiasa mengikuti laman sosial JSJK seperti Facebook, Instagram dan TikTok bagi mengetahui modus operandi terkini jenayah komersial.

“Sekiranya menjadi mangsa penipuan, orang ramai dinasihatkan segera menghubungi NRC menerusi talian 997 sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran keluar wang daripada akaun suspek,” katanya. – Bernama, 17 September, 2023.

WOIT

RAMAI WARGA

JADI MANGSA

AMIN

RAMAI WARGA

MASIH  BEBAL

AMIN

INI KERJA SKMM

JANGAN SIBUK

NAK PADAM BLOG

NAK PADAM

 TIK TOK & FB

AMIN

BUAT PENERANGAN

SEBAR MAKLUMAT

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gamblers bias dan scare tactics. kenapa politician boleh menang sokong? kerana dua sosok scammer dan politician sama caranya. jika ikhlas mahu tolong, politician mesti ajar dan kempen rakyat boleh mandiri lindungi diri kerana dua teknik ini boleh kesan bohong. tapi, hahahahaha. jawab sendirilah.

Tanpa Nama berkata...

pasal apa takut dgn mcmc bro? lu ada makan cili cicah dom perignon ke?lu punya pencerahan pun tak kemana? tergantung mcm buku persoalan nasional,kini katak hijau yg hanya pencerahan jd wang utk jual buku walhal tanah kelantan dijual kod china atas nama projek musang king..oit bro..china dah tanahm musang king di china, kepala bana apa nak tanah di kelantan..ini projek penjualan tanah bro..dan orang asal tiada hak dlm akta tanah kerajaan negeri isle..bila lu nak demo katak hijau di kelantan??