Isnin, 8 Januari 2024

KACAU DI SABAH


Politik Sabah bergolak: Zahid segera ke Kota Kinabalu

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan beliau akan segera ke Kota Kinabalu hari ini bagi meredakan situasi politik Sabah yang sedang bergolak.

Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan mengenai penyelesaian terhadap pergolakan politik di negeri di bawah bayu itu.

“Saya akan terbang serta-merta selepas selesai majlis ini (Mooda Fest) ke Sabah.

“Saya akan keluarkan dua kenyataan di Kota Kinabalu, esok,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kesediaan UMNO Sabah untuk bekerjasama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi mengalahkan Gabungan Rakyat Sabah (GPS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Sebelum ini, media melaporkan Warisan akan menjalin kerjasama dengan UMNO dalam PRN Sabah akan datang untuk menentang kerajaan negeri yang kini ditadbir GRS.

Presiden Warisan,  Mohd Shafie Apdal berkata, ia tidak mustahil kerana pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menjalin kerjasama dengan UMNO demi kepentingan rakyat Sabah.

Sementara itu, Bung Moktar Radin juga mengakui pihaknya tiada halangan menjalin kerjasama dengan Warisan dan setakat ini pihaknya belum melakukannya secara rasmi. –

REBUT JANGAN

TAK REBUT

AMIN

JANJI DUIT

MASUK

AMIN

INI SABAH

BAAAAA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: