Selasa, 2 Januari 2024

TANDA TIDAK BAIK !!!



Ringgit dibuka rendah pada hari dagangan pertama 2024


RINGGIT dibuka rendah dalam dagangan awal pada Selasa, hari dagangan pertama pada tahun baharu 2024, bagaimanapun sentimen untuk mata wang tempatan kekal kukuh.

Pada hari dagangan terakhir 2023 ia ditutup tinggi sebanyak 0.3 peratus.

Pada 9 pagi ringgit meningkat kepada 4.5910/5965 berbanding dolar AS daripada 4.5900/5980 pada Jumaat lepas.

Menurut AmBank Group ringgit naik 0.3 peratus pada hari dagangan terakhir 2023 untuk ditutup di bawah paras 4.60 pada 4.594, tertinggi sejak Ogos 2023 dan diniagakan dalam julat 4.578 dan 4.615.

“Walaupun kami fikir (terdapat) kenaikan seterusnya untuk ringgit dagangan berhati-hati untuk mata wang masih dijangka menjelang data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang baharu pada minggu ini.

“Pelabur kini akan memberi tumpuan kepada pasaran buruh utama AS dan data PMI pada minggu ini untuk memulakan 2024,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 3.2519/2560 daripada 3.2356/2415 pada Jumaat lepas meningkat berbanding euro kepada 5.0675/0736 daripada 5.0729/0817 sebelum ini dan susut berbanding pound kepada 5.8416/8486 daripada 5.8321/8422 pada Jumaat lepas.

Ringgit turut diniagakan rendah atau kekal tidak berubah berbanding mata wang Asean lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4786/4833 daripada 3.4746/4812 pada Jumaat lepas dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.28/8.30 daripada 8.28/8.31 sebelum ini.

Mata wang tempatan menyaksikan perubahan kecil berbanding rupiah Indonesia kepada 298.1/298.5 daripada 298.1/298.6 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding baht Thailand kepada 13.3728/3954 daripada 13.3422/3760 sebelum ini.

Pasaran Asia ditutup pada Isnin untuk cuti Tahun Baharu. – Bernama, 2 Januari, 2024.

INI TANDA 

AWAL 

AMIN

PETANDA 2024

EKONOMI KITA

AKAN KACAU

AMIN

JIKA PERANG

BERLANJUTAN

EKONOMI DUNIA

AKAN KACAU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: