Isnin, 26 Februari 2024

PARTI AMANAH TURUN BERDEMO



AMANAH kerah pengikut ke perhimpunan mega hentikan genosid di Palestin 2 Mac

AMANAH akan mengerahkan pengikutnya agar menyertai perhimpunan mega Palestin pada 2 Mac ini di Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur.

Timbalan Presidennya,  Mujahid Yusof Rawa berkata, perhimpunan itu yang dianjurkan bersama para NGO akan mengutuk kekejaman Israel di Palestin.

Menurutnya, kekejaman di Palestin adalah satu genosid yang disaksikan oleh dunia dengan penuh kekecewaan tanpa upaya melakukan satu tindakan untuk menghentikannya.

“Setelah bandar Gaza dimusnahkan, kini giliran Rafah menanti masa untuk disembelih oleh rejim Zionis.

“Amerika dan Britain menggunakan kuasa veto mereka untuk menyekat tuntutan gencatan senjata sekaligus membenarkan genosid ke atas rakyat Palestin berterusan berlaku.

“Parti AMANAH mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel dalam genosid ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, AMANAH mengarahkan seluruh anggota parti itu untuk berhimpun pada 2 Mac, jam 2 petang di Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur bersama rakan-rakan NGO dan seluruh rakyat Malaysia.

“AMANAH bersama dengan suara rakyat Malaysia menuntut supaya ‘Hentikan Genosid di Palestin, Gencatan Senjata sekarang! serta ‘Bebaskan Palestin!” kata Mujahid lagi.

Israel berterusan membunuh orang awam Palestin termasuk menggunakan dron kecil.Kekejaman Zionis Israel sejak Oktober lalu menyaksikan lebih 29,600 penduduk Palestin terkorban manakala ribuan lagi penduduk hilang akibat dihempap runtuhan bangunan yang dibom rejim.

Israel didakwa di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas pertuduhan melakukan genosid.

Rejim Zionis terus berdegil meneruskan keganasan walaupun keputusan interim pada Januari lalu menyaksikan Tel Aviv diperintah menghentikan tindakan genosid.

Negara pembunuh dikepalai Benjamin Netanyahu itu juga tidak mempedulikan tuntutan supaya mengambil langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.

Kanak-kanak tidak berdosa seperti Sarraa ini antara korban genosid oleh Israel yang menggunakan bom buatan Amerika Syarikat (AS) di Deir el-Balah, tengah Gaza. Sumber: X Quds News Network.

Malah, Netanyahu mahu mengawal Gaza sepenuhnya selepas perang tamat dengan hal ehwal sivil Gaza akan dikendalikan oleh ‘pegawai tempatan berpengalaman pentadbiran’ dan ‘tidak dikaitkan dengan negara atau entiti menyokong keganasan’.

Berdasarkan pelan pasca perang itu, tentera Israel akan mempunyai ‘kebebasan yang tidak terbatas’ untuk beroperasi di seluruh Gaza walaupun selepas perang.

Alasan Israel kononnya bagi menghalang sebarang kebangkitan semula aktiviti keganasan.

Namun, pada masa ini tentera rejim pengganas itu menggunakan dron kecil untuk membunuh dan mencederakan rakyat Palestin dari jarak dekat.
\
SEMUA DIAJAK

TURUN BERDEMO

DEMI PALESTIN

AMIN

JANGAN HANYA

CAKAP BUKTIKAN

DENGAN DEMO

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: