Rabu, 28 Februari 2024

SEMUA SIAP SEDIA HIMPUNAN MEGA


Himpunan mega Palestin 2 Mac dapat sebahagian kelulusan polis

KUALA LUMPUR: Himpunan mega yang dirancang kumpulan masyarakat sivil Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) pada 2 Mac ini mendapat kelulusan IPD Wangsa Maju.

Tetapi, ia masih memerlukan kelulusan IPD Dang Wangi, serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok sebagai lokasi himpunan.

“Kami dimaklumkan tiada masalah untuk mendapat kelulusan DBKL,” kata jurucakap SSP, Syed Sheikh Al-Attas Syed Hassan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Peserta dijangka berkumpul jam 2 petang di bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak sebelum berarak ke Padang Merbok. Antara “checkpoint” himpunan itu termasuk Kedutaan AS, KLCC dan Hotel Renaissance, Maju Junction masuk ke Jalan Tengku Abdul Rahaman dan Sogo menuju ke Dataran Merdeka.

Anggota kanan SSP, Tian Chua berkata himpunan itu diperakui kira-kira 100 NGO dan parti politik kerajaan serta pembangkang.

Chua berkata, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir mengesahkan akan menghadiri himpunan itu.

“Saya menggesa semua rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan dan datang untuk bersatu demi Palestin.”

Disember lalu, SSP mengadakan himpunan Kepong selama enam hari di Jalan Tun Razak selepas dihalang polis dalam perjalanan ke Kedutaan AS.

KAWAN KAWAN

ABANG ADIK

KAKAK SEMUA

DI JEMPUT HADIR

AMIN 

BERSETIA KAWAN 

DENGAN PALESTIN

KHALAS

Tiada ulasan: