Khamis, 14 Mac 2024

AWAS !!! MALAPETAKA IKLIM

Cuaca panas tahap berjaga-jaga di lapan kawasan utara Semenanjung

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di lapan kawasan utara Semenanjung Malaysia.

Kawasan tersebut adalah Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling di Kedah; Hulu Perak di Perak serta negeri Perlis.

Kategori tahap berjaga-jaga apabila suhu maksimum harian mencapai 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Dalam kenyataan berasingan, MetMalaysia berkata, kawasan utara Semenanjung, Perak, Pahang dan Kelantan diramal mengalami cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan sehingga penghujung Mac ini susulan fasa akhir Monsun Timur Laut.

Dalam tempoh ini, litupan awan dan taburan hujan adalah kurang di kebanyakan tempat.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi berkata, cuaca panas yang dialami ketika ini adalah fenomena berulang yang berlaku pada saban tahun setiap Februari hingga Mei.

Dalam tempoh itu, suhu maksimum harian boleh melebihi 35 darjah Celcius pada awal petang.

Setakat ini, suhu tertinggi dicatatkan di stesen meteorologi utama adalah 36 darjah Celcius di Chuping, Perlis pada 7 Februari lalu.

“Berikutan fenomena El Nino yang sedang melanda dunia ketika ini, dijangka suhu maksimum harian di negara ini boleh menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam keadaan ini, semua pihak dinasihatkan mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air dan hadkan tempoh berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan cuaca panas.

Tambahnya, MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dan orang ramai diminta peka dengan perubahan cuaca. – MalaysiaGazette


PANAS BAWA

KEMARAU

AMIN

KEMARAU SAWAH

KERING

AMIN

SAWAH KERING

PADI TAK JADI

AMIN

LAGI PARAH

BERAS MADANI

KHALAS

Tiada ulasan: