Rabu, 17 April 2024

BANJIR MELANDA - KEMARAU MEMUKUL



Banjir kilat landa Negeri Sembilan, Selangor

DUA pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Selangor bagi menempatkan 374 mangsa banjir ekoran hujan lebat sejak semalam di negeri itu.

Banjir kilat dilaporkan melanda Rawang, Sungai Buloh, Bestari Jaya dan Shah Alam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar dalam satu kenyataan berkata kesemua mangsa berlindung di PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Sempak dan Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Selain itu, satu pos kawalan hadapan (PKH) telah digerakkan di SK Merbau Sempak, katanya.

Manakala di Negeri Sembilan pula satu PPS dibuka di Dewan Masyarakat Permatang Pasir, Port Dickson awal pagi tadi susulan banjir kilat.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sembilan, PPS itu dibuka pada 4.08 pagi bagi menempatkan 46 orang daripada dua keluarga.

“Beberapa stesen sungai turut merekodkan bacaan pada paras berjaga-jaga dan bahaya setakat 7 pagi tadi iaitu di Sungai Linggi dan Sungai Triang di Jelebu,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman Facebook rasminya pada 6.10 pagi tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9 pagi.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan dan Sarawak. – 17 April, 2024.

WOIT

INI MALAPETAKA

IKLIM

JEMG JENG JENG

SUNGAI TRIANG

BELAKANG RUMAH

GUA PUN AIR

DAH NAIK

AMIN

INI JARANG

BERLAKU

AMIN

KALI AKHIR

TERJADI BANJIR

TAHUN 1970-71

KHALAS

Tiada ulasan: