Najib dakwa pengampunan diraja benarkan tahanan di rumah
KUALA LUMPUR: Najib Razak mendakwa bahagian tambahan atau titah adendum dalam pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah.
Najib membuat dakwaan itu apabila memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman titah adendum atau tambahan titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Mahkamah Tinggi di sini, pada 1 April lalu, menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co.
Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.
Dalam notis permohonan yang dimuat turun melalui sistem carian mahkamah, Najib memohon perintah untuk semua atau seorang responden melaksanakan titah Al-Sultan Abdullah dan dengan serta merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya.
Bekas Perdana Menteri itu kemudian akan menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah jika titah adendum berkenaan wujud.
Najib juga memohon satu perintah supaya semua atau seorang responden memberi salinan titah utama dan adendum yang dititahkan Al-Sultan Abdullah pada 29 Januari lalu.
Beliau memaklumkan melalui surat bertulis kepada Al-Sultan Abdullah pada 25 Mac lalu, mengenai niatnya memfailkan notis permohonan semakan kehakiman terhadap pihak berkuasa yang relevan berkenaan titah terbabit.
"Ia kerana pada 29 Januari 2024, Tuanku Al-Sultan Abdullah adalah Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan saya mengambil langkah sebagai rafak sembah hormat tertinggi saya.
"Pada tarikh sama (25 Mac 2024), saya turut memaklumkan perkara sama kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebagai rafak sembah hormat tertinggi saya," katanya menerusi afidavit permohonan berkenaan.
Najib mengesahkan tidak akan mengekshibitkan surat yang dihantar kepada kedua-dua Yang di-Pertuan Agong atas alasan kerahsiaan dan kewajaran.
Katanya, permohonan semakan kehakiman itu bersifat bona fide atau berniat baik kerana beliau terjejas teruk, selain memfailkan notis perakuan segera supaya pemohonan itu didengar sebelum sambutan Aidilfitri yang dijangka pada 10 April ini.
Pendengaran untuk permohonan itu ditetapkan esok di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Amarjeet Singh.
Pada 2 Februari lalu, media melaporkan Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan bekas Perdana Menteri itu bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Selain tarikh pembebasan awal itu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, turut mengumumkan denda perlu dibayar oleh Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Namun sekiranya denda itu tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah setahun dengan tarikh pembebasan beliau dijadualkan pada 23 Ogos 2029.
Pada 28 Julai 2020, Hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Sehubungan itu, Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan berkenaan dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos 2022.
Sebelum ini, Anwar Ibrahim dilaporkan berkata Lembaga Pengampunan sudah membuat keputusan berhubung permohonan Najib untuk mendapatkan pengampunan selepas disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 12 tahun pada 2022.
Perdana Menteri, bagaimanapun menjelaskan kerajaan tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai keputusan itu, sebaliknya ia bakal dilakukan sendiri oleh Lembaga Pengampunan.
Berita mengenai isu pengampunan Najib berlegar dalam media sosial dan dilaporkan media massa dengan desas-desus kuat mendakwa nasib bekas Perdana Menteri yang sedang menjalani hukuman penjara itu sudah diputuskan Lembaga Pengampunan.
5 ulasan:
Awat kat rumah? Bodoh mintak tahan kat istana laaa..
Najib akan di bebaskan. Cobak terka Najib akan masuk geng Haji Anwar atau geng Kutti Kerala/El Sotonggi. Yang pastinye Si Mappadulong ni hari pirtama dibebaskang malam nye akan lari-lari ala cerita keling dgn harong 7 sungai, 7 gunung tunggu malam gelap gulita sebelom memantat Lakinye Mak Badak .. maklumlah dah bertahun tak dapat puki. Keadaan gelap gulita sangat di perlukan, kalau terang Najib kompom ilang selera, kotey nye tak togak. Syok juga kalau Najib dibebaskan. Jangan ade gompo bumi sudah .. kahkahkah.
TT, ini dinamakan dah diberi betis nak peha, diberi peha nak yang dicelah peha, betul tak? Maknusia tak tau diuntung, tak tau bersyukur, dah dapat pengurangan separuh dari jumlah hukuman tu dah dikira seribu rahmat
betul ke madanon lawan titah raja ?... kalau betul, patutnya kabinet kerajan madanon semuanya patut kena tangkap akta 3R sumbat dalam penjara.. kah kah kah
Tak tau malu punya keturunan...curi duit negara berjutaaaa, dah diberi pengurangan hukuman malah minta tahanan rumah pulak. Yang bagi pengampunan pun tak sedar diri...anggap negara ni bapak dia yang punya.
Catat Ulasan