Isnin, 6 Mei 2024

AGEN ISRAEL JUAL SENJATA DI KL


 HARAMKAN SYARIKAT SUBAHAT ISRAEL DARI PAMERAN DI KL

BERSATU mendesak kerajaan supaya mengharamkan penglibatan  Lockheed Martin dan BAE daripada menyertai  dan menjadi penaja platinum pameran NATSEC Asia 2024 yang bermula pada 6 Mei ini. Ini kerana mereka membekal senjata dan peralatan kepada Israel yang sedang melakukan genosid keatas Palestin, terutamanya di Gaza.

Lockheed Martin mengeluarkan, contohnya, jet pejuang F-35. BAE pula membekalkan, antara lain, peralatan untuk jet tersebut. Ini antara senjata yang digunakan israel mengebom dan membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak.

BERSATU kesal bagaimana kedua-dua syarikat ini boleh terlibat dalam program anjuran Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Keterlibatankedua-dua syarikat ini bertentangan dengan pendirian tegas negara dan rakyat Malaysia selama ini yang menyokong dan bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

Sementara Kementerian Luar Negeri masih belum menarik balik kenyataan Timbalan Menterinya di Dewan Rakyat pada Mac lalu yang membayangkan kerajaan ini mungkin mengiktiraf israel dengan alasannya yang lemah, maka, adalah dibimbangi bahawa pameran ini menjadi medan halus percubaan untuk menormalisasi hubungan dengan israel. Justru, kerajaan mesti mengharamkan penglibatan syarikat-syarikat tersebut.

Dato' Sri Saifuddin Abdullah, 
Ahli Parlimen Indera Mahkota
Ketua Biro Antarabangsa BERSATU.
5 Mei 2024.


Tiada ulasan: