Sabtu, 13 Julai 2024

DI BUNUH REJIM YANG ZALIM


3 hari 'walk for justice' untuk Beng Hock bermula pagi ini, kata aktivis


SEBUAH kumpulan aktivis menuntut keadilan bagi pembantu politik Teoh Beng Hock akan memulakan “walk for justice” selama tiga hari hari ini di Plaza Masalam, Shah Alam.

Mereka merancang untuk mengakhiri perarakan di Parlimen di Kuala Lumpur pada Isnin, di mana mereka mahu menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Persatuan Teoh Beng Hock Untuk Kemajuan Demokrasi (TBH-ADA) Ng Yap Hwa menggesa rakyat Malaysia untuk mendaftar bagi perarakan tiga hari ini dan menyokong tuntutan mereka bagi mencari kebenaran serta menegakkan keadilan susulan kematian Teoh 15 tahun lalu, selain untuk mereformasi institusi.

Ng berkata mereka sudah memaklumkan kepada semua daerah polis yang terlibat – Shah Alam, Subang Jaya, Brickfields dan Dang Wangi.

“Setakat ini, polis daerahShah Alam, Subang Jaya dan Brickfields memberi maklum balas, mengesahkan penerimaan notifikasi kami (Diambil Maklum) dan menyatakan mereka akan membantu dalam mengawal lalu lintas,” katanya.

Beliau menambah polis meminta agar mereka tidak menyentuh isu-isu sensitif sosial atau menghasut kebencian etnik.

“Kami menekankan tujuan ‘walk for justice’ adalah untuk mencari keadilan bagi Teoh Beng Hock dan kami mengalu-alukan bantuan polis dalam mengawal lalu lintas,” katanya.

Kumpulan itu juga akan menyerahkan surat kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pada jam 9.30 pagi ini di bangunan sekretariat Selangor di Shah Alam untuk mengingatkan kerajaan Selangor mengenai kes Teoh.

Beliau menambah Teoh sebagai bekas pegawai kerajaan Selangor yang menyelamatkan demokrasi di negeri itu masih belum mendapat keadilan.

Perarakan juga akan berhenti di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) Selangor, Bukit Aman dan Pejabat Peguam Negara.

“Kami berharap Ketua Polis Negara Razarudin Husain akan menerima memorandum kami secara peribadi pada 15 Julai, mendengar suara keluarga Teoh yang belum dapat merealisasikan keadilan untuk Teoh Beng Hock selama 15 tahun dan menyelesaikan masalah yang mana polis tidak dapat menemui kebenaran setelah enam tahun siasatan dibuat,” kata Ng.

Perarakan ini diadakan berikutan isu yang belum diselesaikan mengenai kematian pembantu politik tersebut dan bertujuan untuk menuntut keadilan daripada kerajaan perpaduan.

Rakyat Malaysia yang berminat boleh menghubungi 0111-0664526 jika ingin menyertai perarakan ini.

Tuntutan kumpulan itu termasuk meminda Seksyen 30 Akta MACC untuk mengehadkan waktu soal siasat serta menggubal undang-undang anti-penyeksaan.

Kumpulan itu juga menuntut pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa kes ini dengan sewajarnya kerana ia sepatutnya dibuka semula pada 2018.

Pada Jun 2018 Kabinet memberi kelulusan untuk menyemak semula siasatan mengenai kematian Teoh. Namun, empat bulan kemudian polis berkata mereka tidak menerima sebarang arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk berbuat demikian.

Selain daripada “walk of justice”, kumpulan tersebut juga akan mengadakan upacara peringatan awam untuk mangsa-mangsa yang meninggal dunia dalam tahanan di tepi sungai Majlis Peguam pada 16 Julai jam 6 petang yang juga merupakan ulang tahun ke-15 kematian Teoh.

Upacara peringatan untuk Teoh akan diadakan pada hari yang sama jam 8 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.

Pada 5 Mei kumpulan tersebut melancarkan kempen “PM Hilang” di Kuala Kubu Baharu berikutan beberapa percubaan gagal oleh keluarga Teoh untuk bertemu Anwar dalam tempoh 17 bulan sejak beliau menjawat jawatan tersebut.

Disember lalu, persatuan itu juga menyerahkan surat bantahan kepada Pejabat Perdana Menteri untuk menyatakan rasa tidak puas hati kerana tiada siapa yang dipertanggungjawabkan atas kematian Teoh.

Pada 2009 Teoh yang ketika itu merupakan pembantu kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam beberapa jam selepas beliau tiba untuk disoal siasat di tingkat 14 ibu pejabat SPRM Selangor.

Siasatan koroner pada 2011 mengeluarkan keputusan terbuka.

Keluarganya kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut. Tiga tahun kemudian Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan terbuka itu dan memutuskan kematian Teoh disebabkan oleh pelbagai kecederaan akibat perbuatan salah oleh individu yang tidak dikenali. – 13 Julai, 2024.

TEO BENG HOCK

DI BUNUH REJIM

YANG ZALIM

AMIN

Tiada ulasan: