Sabtu, 13 Julai 2024

BIDEN PASTIKAN TRUMP MENANG



Biden tolak dakwaan akan tarik diri pilihan raya presiden


AMERIKA SYARIKAT: Joe Biden menolak dakwaan beliau akan berhenti bertanding dalam merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) dan cuba mengalihkan isu itu kepada seterunya, Donald Trump.

Ketika Biden berucap dalam perhimpunan di Michigan, terdapat desakan dari pihak Demokrat supaya pemimpin berusia 81 tahun itu berundur, selepas persembahan debat yang memalukan menentang Trump, baru-baru ini.

"Baru-baru ini banyak spekulasi. Apa yang Joe Biden akan lakukan, adakah beliau akan terus bertanding atau akan menarik diri? kata Biden kepada penyokong di bandar Detroit, sambil terdengar sorakan "Jangan berundur!"

"Ini jawapan saya. Saya sedang bertanding dan kami akan menang! Saya tidak akan mengubahnya," kata Biden.

Walaupun Biden secara tegasnya hadir dalam sidang media ketika persidangan Pemimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Washington, namun tentangan untuk beliau bertanding bagi jawatan berkenaan terus meningkat.

Setakat ini, seramai 19 Ahli Parlimen dari parti Demokrat meminta Biden untuk menarik diri daripada bertanding, disebabkan kebimbangan terhadap kesihatan serta ketajaman mentalnya, selepas prestasi buruk yang ditunjukkan ketika debat pada 27 Jun lalu.

Biden dalam sidang media memberitahu beliau orang yang paling layak untuk bertanding sebagai presiden.

Sidang media itu disaksikan oleh 24.2 juta orang di Amerika Syarikat dan hampir separuh daripada jumlah berkenaan menonton debat itu. - AFP

TAHNIAH BIDEN

PASTIKAN

TRUMP MENANG

KHALAS

Tiada ulasan: