Ahad, 21 Julai 2024

DOA UNTUK LAWAN BLACKROCK


Qunut Nazilah: Samakan perseteruan politik dengan amalan Nabi adalah melampau

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kecewa terhadap perbuatan menggunakan agama dalam
setiap kesempatan politik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Zamri Zainal Abidin, meski telah ditegur berkali-kali oleh pihak berkuasa agama dan institusi diraja di negara namun ia tetap berulang.

Tegasnya, membaca doa Qunut Nazilah selepas penggantungan seorang ahli Parlimen ternyata perbuatan yang melampau kerana doa itu dibaca apabila umat Islam ditimpa musibah.

“Terbaharu ialah tindakan membacakan Qunut Nazilah di Parlimen baru-baru ini selepas keputusan dibuat untuk menggantung seorang ahlinya.

“Ia jelas merupakan amalan melampau, kerana perbezaan politik terus dijadikan asas untuk membacakan doa berkenaan. Qunut Nazilah merupakan satu doa yang dibaca apabila umat Islam ditimpa musibah besar.

“Hal ini sepertimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW yang membacakan doa berkenaan apabila berlaku pengkhianatan dan pembunuhan ke atas sahabat baginda,” katanya menerusi kenyataan.

Ujarnya, doa berkenaan dibaca di luar solat bahkan bukan perang atau musibah.

“Menyamakan perseteruan politik dengan amalan Baginda Rasulullah SAW ketika menghadapi musuh-musuh Islam jelas menunjukkan amalan politik taksub, sempit dan melampau,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau menyeru semua ahli politik dalam negara supaya menunjukkan contoh yang baik ketika berada di Dewan Rakyat.

Khamis lalu, barisan pembangkang bertindak membaca Qunut Nazilah selepas Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad  digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan.

Beliau kemudian menjelaskan  doa itu ditujukan kepada penyokong genosid di Gaza seperti syarikat BlackRock.-MalaysiaGazette


DOA UNTUK

LAWAN 

BLACKROCK

AMIN

DOA UNTUK

PENYOKONG

BLACKROCK

AMIN

SAPA MAKAN LADA

DIA TERASA PEDAS

AMIN

SAPA MINUM MADU

DIA TERASA MANIS

BOLEH KETAWA

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: