Ahad, 28 Julai 2024

MALAPETAKA IKLIM


Perubahan iklim ubah corak hujan, taufan lebih ganas, kata saintis

SINGAPURA: Perubahan iklim mendorong perubahan corak hujan di seluruh dunia, juga boleh meningkatkan taufan dan ribut tropika, kata kumpulan saintis dalam satu kertas kerja diterbitkan hari ini.

Taiwan, Filipina dan kemudian China dilanda Taufan Gaemi, taufan paling kuat tahun ini minggu ini, dengan sekolah, premis perniagaan dan pasaran kewangan ditutup apabila kelajuan angin melonjak sehingga 227 kph (141 mph).

Taufan Gaemi, yang pertama kali membadai Taiwan pada Rabu, adalah yang paling kuat melanda pulau itu dalam tempoh lapan tahun.

Di pantai timur China, ratusan ribu orang dipindahkan sebelum taufan membadai semalam.

Ribut tropika lebih kuat menjadi sebahagian daripada fenomena cuaca ekstrem lebih luas yang didorong oleh suhu lebih tinggi, kata saintis.

Kumpulan penyelidik diketuai Zhang Wenxia di Akademi Sains China mengkaji data meteorologi sejarah dan mendapati kira-kira 75 peratus daripada kawasan daratan dunia menyaksikan peningkatan dalam "kebolehubahan kerpasan" atau perubahan lebih luas antara cuaca basah dan kering.

Suhu pemanasan telah meningkatkan keupayaan atmosfera untuk menahan kelembapan, yang menyebabkan turun naik lebih meluas dalam hujan, kata penyelidik dalam kertas diterbitkan oleh jurnal Science.

"(Kebolehubahan) telah meningkat di kebanyakan tempat termasuk Australia, yang bermaksud tempoh hujan lebih hujan dan tempoh kering yang lebih kering," kata Steven Sherwood, seorang saintis di Pusat Penyelidikan Perubahan Iklim di Universiti New South Wales.

"Apabila pemanasan global berterusan ia meningkatkan peluang kemarau dan/atau banjir."

Saintis percaya perubahan iklim juga membentuk semula corak ribut tropika termasuk taufan, menjadikannya kurang kerap tetapi lebih kuat.

"Saya percaya wap air yang lebih tinggi di atmosfera adalah punca utama semua kecenderungan ini ke arah fenomena hidrologi yang lebih ekstrem," kata Sherwood kepada Reuters.

Walaupun sukar mengaitkan peristiwa cuaca dengan perubahan iklim, model meramalkan pemanasan global menjadikan taufan lebih kuat, kata Sachie Kanada, seorang penyelidik di Universiti Nagoya Jepun.

"Secara amnya, suhu permukaan laut yang lebih panas adalah keadaan yang baik untuk pembangunan siklon tropika," katanya.

Dalam "makalah biru" mengenai perubahan iklim yang diterbitkan bulan ini, China berkata jumlah taufan di Pasifik Barat Laut dan Laut China Selatan menurun dengan ketara sejak 1990-an, tetapi ia semakin kuat

SABAN TAHUN

IKLIM MAKIN

BERUBAH

AMIN

MALAPETAKA

SABAN TAHUN

AKAN BERUBAH

AMIN

MAKIN LAMA

MAKIN PARAH

MAKIN GANAS

SEHINGGA

MANUSIA BERUBAH

KHALAS

Tiada ulasan: