Jumaat, 19 Julai 2024

PUKUL OKU KERJA SAPA?


Masyarakat pekak tuntut keadilan untuk pemandu e-hailing yang diserang

PERTUBUHAN Kebangsaan Pekak Advokasi dan Kesejahteraan Malaysia (Dawn) mendesak untuk tahu mengapa individu yang dikatakan menyerang seorang pemandu e-hailing cacat pendengaran pada 28 Mei lalu, masih tidak dikenakan tindakan.

Pengerusi Dawn Anthony Chong meminta peguam negara untuk mempercepatkan proses pendakwaan berikutan kertas siasatan daripada polis sudah diterima sejak lebih sebulan lalu.

“Kami tuntut keadilan. Masyarakat pekak mungkin kurang pengetahuan tentang undang-undang, tetapi kami tidak mahu dieksploitasi.

“Kami mungkin pekak, tetapi kami tidak diam. Kami berhak hidup dengan baik dan tidak diabaikan,” katanya, dipetik berkata kepada Malaysiakini.

Beliau menyerahkan memorandum berkaitan perkara itu kepada wakil Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini.

Pada 28 Mei, Ong Ing Keong membuat laporan polis mendakwa diserang oleh pemandu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim ketika beliau menunggu pelanggan di lobi Hotel St Regis di KL Sentral.

Pada 5 Jun, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata polis sudah melengkapkan siasatan selepas mengambil keterangan daripada 12 individu termasuk mangsa, pekerja hotel dan rombongan TMJ.

Selain serangan itu, beberapa laporan dibuat berkaitan cara polis mengendalikan laporan Ong.

Ong dikatakan meminta ganti rugi RM1,000 tetapi wakil penyerang menawarkan RM500. Selepas beberapa rundingan mereka akhirnya bersetuju dengan RM800.

Chong menggesa Pejabat Peguam Negara mengambil tindakan segera dan membuat keputusan untuk mendakwa penyerang.

“Dengan cara itu, peguam negara mengukuhkan komitmennya kepada keadilan dan kesaksamaan, memastikan masyarakat pekak rasa selamat dan rasa disokong sistem perundangan,” katanya. – 19 Julai, 2024.

HANYA SATU

SOALAN

AMIN

PUKUL OKU INI

KERJA SAPA?

AMIN

PASAI APA POLIS

SENYAP

KHALAS

Tiada ulasan: