Jumaat, 19 Julai 2024

DEMO DI BANGLADESH



Kematian akibat protes di Bangladesh meningkat kepada 26 mangsa


DHAKA: Sekurang-kurangnya 20 mangsa lagi terbunuh pada Khamis di Bangladesh apabila polis melepaskan tembakan ke arah pelajar yang memprotes reformasi kuota kerja sektor awam di Dhaka dan beberapa lokasi lain di negara ini.

Sebanyak 17 mangsa, kebanyakannya pelajar termasuk mereka yang bawah umur, terbunuh apabila polis dan anggota sayap pelajar parti pemerintah, Liga Awami, menyerang penunjuk perasaan, lapor Agensi Anadolu.

Sekurang-kurangnya 12 kematian baharu dicatatkan di Dhaka, dua di Daerah Narsingdi, dua di bandar pelabuhan Chattogram dan satu di Daerah Madaripur, menurut akhbar tempatan Prothom Alo.

Seorang lagi mangsa terbunuh selepas terperangkap dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis awal pagi di kawasan Jatrabari, Dhaka manakala dua lagi terbunuh di Dhaka, termasuk seorang wartawan.

Jumlah kematian telah meningkat kepada 26 sejak tunjuk perasaan bertukar ganas Selasa lalu.

Televisyen Bangladesh (BTV) yang dikendalikan kerajaan melaporkan bahawa bangunannya dibakar lewat Khamis.

Beribu-ribu pelajar telah berdemonstrasi sejak 1 Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan kerajaan, yang telah dimansuhkan pada 2018.

Sistem itu menetapkan 56 peratus daripada jawatan sektor awam diperuntukkan kepada demografi dan kelas tertentu termasuk 30 peratus bagi anggota keluarga pejuang dalam perang kemerdekaan daripada Pakistan pada 1971.

Ia mencetuskan kemarahan dalam kalangan pelajar yang menghadapi isu pengangguran, dengan hampir 32 juta anak muda Bangladesh tidak bekerja atau belajar. - AGENSI



PELAJAR SISWA

ANAK MUDA

TURUN KE JALAN

AMIN

MELAWAN 

KERAJAAN

YANG ZALIM

KHALAS

Tiada ulasan: