Jumaat, 19 Julai 2024

TIK TOK DR SAM DI PADAM





Hampir 20 video TikTok MB Terengganu dipadam tanpa sebab

Pelbagai video dimuat naik dalam akaun TikTok milik Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar didapati diturunkan, dalam apa yang dilihat sebagai tindakan terbaru pihak berkuasa memadamkan suara pembangkang dalam talian.

PAS Selangor berkata hampir 20 klip video dipadam tanpa notis meskipun tidak melanggar garis panduan media sosial itu di samping tidak memainkan sentimen raja, agama dan kaum (3R), alasan yang kerap diberikan kerajaan dalam menyekat kandungan di media sosial.

Sebaliknya, video yang diturunkan ialah perkongsian mengenai aktiviti harian Samsuri dan perkembangan terkini di Terengganu. 

Antara video yang diturunkan termasuk ucapan Samsuri kepada pemain bola sepak Terengganu, perbahasan di Dewan Rakyat, klip perasmian acara pecah tanah hotel di Strawberry Park dan kunjungan hormat duta Qatar ke Terengganu. 

"Apakah 'community guidelines' yang telah dilanggar?" soal Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad.

"Jika lawan, dibisukan. Itulah akibatnya bersuara di bawah rejim Madani." 

Sebelum ini, bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin turut mendapati petikan video beliau mengkritik penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada sebuah syarikat milik pengurus dana kontroversi BlackRock, dipadam oleh TikTok. 

Zurk berkata tidak mustahil TikTok menerima "arahan istimewa" daripada seseorang untuk menyekat kandungan tidak disenangi kerajaan.

Beliau merujuk statistik terkini TikTok yang meletakkan kerajaan Malaysia di tempat teratas dalam senarai pihak yang mengemukakan permintaan menurunkan kandungan.

Putrajaya sebelum ini mengakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah meminta penyedia platform seperti TikTok untuk memadamkan video.

Ramai pempengaruh yang mengkritik kerajaan seperti Ratu Naga, YB Viral dan Na'im Brundage turut mendapati video mereka diturunkan dan akaun mereka disekat.

"Apa yang boleh dibuat terus mengunci mulut rakyat dan mencandui rakyat dengan tipu helah agar mereka kekal berkuasa," soal Zurk.


WOIT

JANGAN SILAP

BUKAN TANPA

SEBAB

AMIN

SEBAB UTAMA

KERANA DR SAM

CAKAP BENAR

AMIN

PENGARUH DR SAM

MAKIN MEREBAK

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Org buat tik tok, dia nak buat juga. Org bijak IT dia bangang IT. Kah kah kah dr bangang IT.

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah Sam Ganu hebat, sembang panglima berucap megah pendidikan tinggi, itulah orang-orang politik tak suka, kalau ramai cerdik pandai susah orang politik nak kerja kah kah kah sebabnya banyak soalan tak boleh jawab, soalan mudah pun berpusing pusing ke bulatan di Kuching Sarawak kah kah kah kah besar sekali pusingan