Sabtu, 3 Ogos 2024

ANWAR DAN ISRAEL


Penyertaan TLDM dalam Rimpac: Gerakan tuntut penjelasan MINDEF

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menuntut penjelasan Kementerian Pertahanan (MINDEF) berhubung penglibatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam latihan ketenteraan maritim antarabangsa (Rimpac) yang dinaungi oleh Amerika Syarikat (AS) dan turut disertai tentera Israel.

Naib Presiden Gerakan,  Baljit Singh berkata, sebagai sebuah negara yang selama ini tegas memperjuangkan hak rakyat Palestin, penyertaan itu dilihat bertentangan dengan prinsip dan pendirian Malaysia peringkat antarabangsa.

Jelasnya, ia juga mencetuskan persoalan mengenai ketelusan dan konsistensi dalam dasar luar negara.

“Kerajaan Madani tolong jangan hipokrit dalam memperjuangkan kemanusian seperti mana mereka hiprokrit dalam perjuangan politik,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Baljit menilai perjuangan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim dalam isu Palestin seolah-olah tidak ikhlas dan hanya mahu meraih populariti.

“Beliau mengajak rakyat Malaysia turun menyertai Himpunan Solidariti Palestin pada Ahad ini tetapi di belakang tetap bekerjasama dengan latihan ketenteraan yang tentera Israel merupakan peserta,” katanya.

Ujar beliau, adalah lebih baik Kerajaan Madani hari ini menumpukan cara untuk mengatasi kegagalan dan kelemahan mentadbir urus negara terlebih dahulu.

“Jangan bertopengkan sokong dan solidariti, di belakang tabir beragendakan kerjasama!,” tegasnya.

Semalam, sebuah portal melaporkan kenyataan sebuah pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) pro-Palestin, Gegar Amerika yang membidas TLDM kerana mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan maritim antarabangsa  bersama negara seperti Israel dan AS.

Menurut NGO itu, penyertaan tersebut dilakukan di sebalik serangan berterusan Israel ke atas Gaza dan menyifatkan penyertaan Malaysia kan meningkatkan ‘keupayaan genosid’ Israel.

Rimpac 2024 yang berakhir semalam itu merupakan latihan terbesar di dunia melibatkan 29 negara dengan 25,000 keanggotaan dan diadakan dua tahun sekali di Hawaii.

Selain kapal KD Lekiu TLDM, turut menyertai latihan itu adalah kapal perang dan tentera laut dari negara seperti AS, Israel, Australia, New Zealand, Jerman, Perancis, Singapura, Indonesia, Brunei, Jepun dan Korea Selatan manakala Filipina hadir sebagai pemerhati.

Pada Mei lalu, ketika menjawab isu sama, Perdana Menteri dilaporkan berkata, sebarang keputusan berkenaan penyertaan dalam latihan itu tidak seharusnya menjejaskan kedudukan Malaysia.

Dalam masa sama, Anwar turut menegaskan bahawa ‘tiada negara lain yang lantang seperti Malaysia dalam isu Israel’. 


SEMENJAK 

ANWAR JADI PM

MALAYSIA MAKIN

RAPAT DENGAN 

ISRAEL

AMIN

JUAL 39 AIRPORT

PADA SYARIKAT

ZIONIS ISRAEL

AMIN

BUAT LATIHAN

TENTERA LAUT

BERSAMA  TENTERA

LAUT ISRAEL

AMIN

ADA APA APA

JANJI KE?

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: