Selasa, 6 Ogos 2024

APAKAH BANI MELAYU AKAN JADI RED INDIAN DI TANAH MELAYU ?



Peningkatan mendadak penghijrahan warga China ke Malaysia sejak 2022

Warga China didapati semakin membanjiri Malaysia, menyaksikan peningkatan dua kali ganda dalam tempoh tiga tahun lalu, trend yang dijangka mendatangkan kesan lebih besar kepada Malaysia berbanding negara destinasi utama lain penduduk tanah besar itu, lapor The Financial Times (FT).

Akhbar itu berkata ia disebabkan isu kaum dianggap lebih "sensitif" di Malaysia dengan penduduk yang majoritinya Islam.

"Tidak seperti di Thailand, masyarakat Cina di Malaysia tidak diserapkan dan majoriti Melayu Islam tidak senang dengan sebarang peningkatan pengaruh kaum Cina," katanya.

Perkembangan itu di sebalik kempen agresif Putrajaya untuk menarik lima juta pelancong dari China tahun ini, tiga kali ganda daripada jumlah 1.5 juta pelancong China yang melawat Malaysia tahun lepas.

Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini sahaja, hampir 1.2 juta pelancong China berkunjung ke Malaysia, peningkatan 200% berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ia dibantu dasar kerajaan mengecualikan visa selama 30 hari untuk rakyat China sehingga akhir tahun 2026.

Malaysia tidak menerbitkan statistik rasmi mengenai penghijrahan baru, menyebabkan ketiadaan angka jelas mengenai rakyat China yang menetap di negara ini.

Bagaimanapun, FT menganggarkan bilangan warga China yang menetap di negara ini telah meningkat daripada sekitar 82,000 pada 2022 kepada 200,000 pada masa ini, bersandarkan statistik kerajaan dan sumber lain.

Laporan itu berkata faktor seperti kehadiran masyarakat Cina setempat, kos hidup, sentimen anti-China di Barat dan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) telah mendorong lebih ramai warga China berpindah ke Malaysia.

"Ramai pelajar China tidak lagi merasa mereka dialu-alukan di AS atau Australia," FT memetik wakil sebuah organisasi Cina tempatan. "Di sini, tidak ada ucapan menghentam China."

Akhbar itu berkata bilangan warga China yang menyertai program MM2H meningkat lebih dua kali ganda, di mana lebih 56,000 daripada mereka kini memegang visa jangka panjang tersebut.

Pada masa sama, bilangan pemilik perniagaan, pengurus dan pekerja dalam syarikat China meningkat empat kali ganda, daripada 10,000 pada 2021 kepada 45,000.

"Setiap minggu, ramai yang tiba," lapor akhbar itu memetik jurucakap Persatuan Usahawan China di Malaysia.

Kebanjiran warga China dilihat paling ketara dalam sektor pendidikan, di mana statistik kerajaan pada tahun lepas menunjukkan peningkatan 35% dalam pendaftaran pelajar China di universiti berbanding 2021, manakala kajian FT mendapati bilangan pelajar China di sekolah antarabanga telah meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh dua tahun yang lalu.

Akhbar itu berkata kira-kira 2,500 pelajar China telah berdaftar 15 sekolah antarabangsa, peningkatan sebanyak tiga kali sejak 2021.

Para pelajar dikatakan tertarik dengan "yuran lebih rendah dan kurangnya persaingan" untuk mendapatkan tempat, tambahnya.

"Saya gagal dalam ujian kemasukan universiti di negara saya. Saya hanya boleh masuk ke sekolah biasa-biasa sahaja dan itu pun kosnya lebih mahal," kata seorang pelajar China di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang hanya mahu dikenali sebagai Xiaofei.

Pada bulan Mac, ThinkChina, sebuah laman berita Singapura yang menganalisis isu China, berkata Malaysia mempunyai daya tarikan yang lebih kepada pendatang China berbanding Singapura.

"Kos sara hidup di Malaysia lebih rendah berbanding Singapura, manakala Malaysia mempunyai penduduk kaum Cina yang tidak berasimilasi di samping persekitaran yang agak selamat berbanding Thailand," kata laporan itu.



ADA CHIA  DATANG

TAPI TAK PULANG

AMIN

ADA CHINA DATANG

RASUAH BELI

PASPOT

AMIN

ADA CHINA DATANG

JADI

 AJEN CHINA MERAH

AMIN

APAKAH BANI MELAYU

AKAN JADI

RED INDIAN

DI TANAH MELAYU

AMIN

SAJE TANYA

KERANA KERAJAAN

MADANON INI

TIDAK ADA

SOKONGAN MELAYU

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

melayu dah biasa dijajah... melayu dah lama berdagang dengan china sejak zaman melaka lagi. tapi tak pernah dijajah china..

Tanpa Nama berkata...

Tak sama. Red indian ada kuda. Bani melayu ada anjing kih kih kih.

Tanpa Nama berkata...

Tiduurrr lah permaisuri....tidurlah...esok kamu jadi penumpang di Tanah Melayu.