Selasa, 6 Ogos 2024

IRAN AKAN SERANG ISRAEL ?



Iran kata ada 'hak undang-undang' hukum Israel atas pembunuhan Haniyeh

TEHRAN: Iran hari ini mengatakan negaranya mempunyai 'hak undang-undang' untuk bertindak balas terhadap pembunuhan ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran minggu lalu dan menyalahkan Israel atas serangan yang berlaku di tengah-tengah perang Gaza.

"Tiada sesiapa yang berhak meragui hak undang-undang Iran untuk menghukum rejim Zionis," kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanani pada sidang media biasa yang merujuk tindak balas itu ke atas Israel.

Beliau menegaskan, Iran tidak bermaksud memburukkan lagi ketegangan di rantau itu, yang semakin meningkat sejak perang Israel-Hamas meletus pada awal Oktober dan semakin meningkat sejak serangan di Tehran pada Rabu lalu.

Pengawal Revolusi Iran berkata, Israel membunuh Haniyeh menggunakan 'peluru jarak dekat' yang dilancarkan dari luar kediamannya di ibu negara Iran selepas beliau menghadiri upacara angkat sumpah pelantikan Presiden Masoud Pezeshkian.

Iran dan Hamas serta kumpulan bersenjata lain yang bersekutu dengan Tehran di Asia Barat berikrar untuk bertindak balas.

Israel juga masih belum secara langsung mengulas mengenai pembunuhan itu, yang berlaku hanya beberapa jam pembunuhan ketua tentera kumpulan Hizbullah, Fuad Shukr dalam serangan Israel di Beirut.

Tentera Israel melancarkan serangan hampir setiap hari sejak awal Oktober menyasarkan kumpulan Hizbullah yang disokong Iran.

Gesaan untuk de-eskalasi dipergiatkan berikutan pembunuhan berprofil tinggi, dengan kuasa dunia bimbang meletusnya perang rantau habis-habisan.

Dalam pada itu, hari ini, Kanani berkata, pihaknya percaya penyatuan kestabilan dan keselamatan di rantau ini akan dicapai dengan menghukum penceroboh dan mewujudkan penghalang terhadap tingkah laku pengembaraan dan keganasan luar wilayah rejim Zionis.

Iran yang tidak mengiktiraf Israel mengadakan perbincangan dengan beberapa negara Arab termasuk Jordan, Mesir, Oman dan Qatar sejak pembunuhan Haniyeh.

Teheran berulang kali menegaskan 'hak semula jadi' untuk mengambil tindakan terhadap musuh Israel.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengatakan negaranya berada pada 'tahap kesiapsiagaan sangat tinggi' untuk menghadapi sebarang senario, 'bertahan dan menyerang'. - AFP
|

IRAN AKAN

SERAN ISRAEL?

ATAU HANYA

RETORIK

AMIN

SATU DUNIA

MENUNGGU

AMIN

JIKA IRAN SERANG

ISRAEL SATU

DUNIA AKAN 

SOKONG

AMIN

KAHLAS

Tiada ulasan: