Selasa, 27 Ogos 2024

EMAK HILANG - KITA TURUT BERSIMPATI


Ahli keluarga harap dapat tatap wajah Vijayaletchumy

KUALA LUMPUR – Ahli keluarga kepada wanita warga India yang terjerlus di Jalan Masjid India Jumaat lalu menaruh harapan dapat menatap wajah mangsa.

Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri,Ahmad Zahid Hamidi, Arvend Appiasamy berkata, mereka sudah menerima hakikat insiden yang berlaku ke atas mangsa.

“Mereka dah terima hakikat (tragedi ini), mereka tak harap apa-apa cuma hendak tengok muka sahaja.

“Mereka sudah bersedia untuk apa juga situasi dan amat berharap agar kerajaan, pihak berkuasa dapat menjalankan pencarian dengan secepat mungkin,” katanya dalam sidang media di kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melanjutkan visa selama sebulan kepada ahli keluarga mangsa.

“Kira-kira empat atau lima visa ahli keluarga mangsa telah dilanjutkan bermula hari ini selama sebulan.

Malah ahli keluarga terutama anak lelaki mangsa telah diberikan kaunseling dan keadaannya masih sedih tetapi reda dengan situasi ini,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu sekitar jam 8.25 lagi, seorang wanita warga India berusia 48 tahun dikenali sebagai Vijayaletchumy dilaporkan hilang selepas menjadi mangsa tanah jerlus sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India. –

EMAK HILANG

KITA SEMUA

SAMA BERSIMPATI

AMIN

BERAT MANA

MATA MEMANDANG

BERAT LAGI

LANTAI  SIMIN

DI JALAN  MASJID

INDIA

KHALAS

Tiada ulasan: