Jumaat, 30 Ogos 2024

PERANG GAZA BERHENTI SABENTAR



Hamas, Israel setuju henti sementara pertempuran untuk kempen vaksinasi polio

NEW YORK: Kumpulan pejuang Hamas dan tentera Israel bersetuju untuk menghentikan sementara pertempuran di Gaza atas dasar kemanusiaan untuk membolehkan pelaksanaan pusingan pertama pemberian vaksin polio kepada lebih 640,000 kanak-kanak di semenanjung itu.

Vaksinasi itu akan dijalankan secara berasingan di kawasan tengah, selatan dan utara Semenanjung Gaza, dengan masing-masing membabitkan jeda selama tiga hari.

Pegawai kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi wilayah Palestin, Rik Peeperkorn, berkata kempen vaksinasi itu akan bermula pada Ahad ini dengan pertempuran dijadualkan berhenti sementara antara jam 6 pagi dan 3 petang.

Katanya, usaha terbabit akan bermula di tengah Gaza dengan jeda tiga hari berturut-turut sebelum beralih ke selatan Gaza di mana pertempuran juga dijadual dihentikan sementara selama tiga hari, diikuti langkah sama di utara Gaza.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat persetujuan untuk melanjutkan jeda itu sehari lagi di setiap zon berkenaan sekiranya perlu.

"Pelaksanaan pusingan kedua vaksinasi itu memerlukan jarak tempoh empat minggu selepas pusingan pertama," katanya.

Sementara itu Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Mike Ryan, berkata berdasarkan pengalaman agensi antarabangsa berkenaan, satu atau dua hari tambahan 'amat sering' diperlukan bagi mencapai liputan mencukupi dalam usaha vaksinasi terbabit.

"Sekurang-kurang 90 peratus liputan perlu dicapai dalam setiap pusingan kempen vaksinasi itu bagi menghentikan wabak berkenaan, sekali gus mencegah penularan polio pada peringkat antarabangsa," katanya kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada mesyuarat mengenai situasi kemanusiaan di Gaza, semalam.

Pada 23 Ogos lalu, WHO mengesahkan seorang bayi lumpuh akibat virus polio jenis 2 - kes pertama seumpamanya di Gaza dalam tempoh 25 tahun.

"Kami bersedia untuk bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa bagi memastikan pelaksanaan kempen ini demi menjaga kepentingan dan melindungi lebih 650,000 kanak-kanak Palestin di Semenanjung Gaza," kata pegawai Hamas, Basem Naim, kepada Reuters.

Unit kemanusiaan tentera Israel, COGAT, berkata kempen vaksinasi itu akan dikendalikan melalui penyelarasan dengan tentera rejim Zionis sebagai 'sebahagian daripada jeda kemanusiaan rutin yang akan membolehkan penduduk hadir ke pusat perubatan di mana vaksin terbabit diberikan.'

Sementara itu Timbalan Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Robert Wood, berkata adalah penting untuk Israel bertindak memudahkan akses dan 'memastikan tempoh tenang serta menahan diri daripada operasi ketenteraan ketika kempen vaksinasi.'

Malah, beliau berkata, AS juga menggesa 'Israel untuk mengelak daripada mengeluarkan arahan evakuasi selanjutnya dalam tempoh berkenaan.' - REUTERS

MASA KECIL

JAGA KESEHATAN

MEREKA

AMIN

BILA DAH BESAR

BUNUH MEREKA

AMIN

INI LOJIK

ZIONIS

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lu cerita apa.. ? lu tak baca berita ke.. kecik besar tua muda semua kena bom.. zionis tak rasis macam lu.