Sabtu, 10 Ogos 2024

SUKAN PAU DI OLYIMPIK

 



Dua koperal polis peras wang penjual burger ditahan

KUALA LUMPUR – Dua koperal polis yang didakwa memeras seorang penjual burger sambilan, ditahan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kedua-dua anggota berkenaan ditahan pasukan cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Selatan, kira-kira 7 petang, 7 Ogos lalu.

Tambah beliau, polis turut merampas barang kes daripada kedua-dua suspek yang berusia 39 tahun.

“Pegawai penyiasat dalam usaha untuk melengkapan kertas siasatan dan akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan atas kesalahan pemerasan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama 10 tahun serta denda dan sebat.

Hoong Fong berkata, pada kira-kira 10 malam 6 Ogos lalu, Balai Polis Klang menerima satu laporan daripada seorang peniaga burger sambilan yang mengatakan dua anggota polis menaiki kereta peronda meminta sejumlah wang tunai bagi mengelakkan motosikalnya disita.

Menurut pengadu yang merupakan lelaki tempatan berusia 22 tahun, kejadian berlaku pada sekitar 1.10 pagi, 6 Ogos lalu di Lebuh Raya Kesas, kira-kira 500 meter sebelum susur masuk ke Bandar Puteri, Klang.

Ketika kejadian, pengadu sedang menaiki motosikal menuju ke Bukit Tinggi Klang untuk menghantar tiga biji burger yang dipesan pelanggan sebelum ditahan suspek.

“Hasil siasatan mendapati cukai jalan motosikal yang ditunggang oleh pengadu telah tamat tempoh pada 15 Mac 2013 dan gagal diperbaharui.

“Anggota peronda menggunakan kesalahan ini untuk meminta sejumlah wang daripada pengadu,” katanya.

Setelah berbincang, pengadu kemudiannya memasukkan wang tunai sebanyak RM90 ke dalam plastik berisi burger dan menyerahkan kepada kedua-dua polis terbabit.

Hoong Fong juga meminta saksi kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan.-

MALAYSIA GAGAL

DAPAT PINGAT EMAS

DI PARIS KERANA 

KURANG LATIHAN

AMIN

MAKA OLYIMPIK

2028 DI AMERIKA

MALAYSIA WAJIB

CADANGKAN

SUKAN PAU

AMIN

MALAYSIA PASTI

MENANG DAH

LAMA BERLATIH

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: