Sabtu, 7 September 2024

NAK BUNUH POPE ?




7 ditahan cuba bunuh Pope Francis


JAKARTA: Polis Indonesia berjaya menahan tujuh individu yang terbabit dalam rancangan untuk menyerang Pope Francis ketika lawatannya ke Asia-Pasifik.

The Straits Times melaporkan, tangkapan itu dilakukan pada awal September di beberapa lokasi, termasuk Jakarta, Bogor, Bekasi, Sumatera Barat dan Kepulauan Bangka Belitung.

Penangkapan itu diumumkan oleh skuad anti-keganasan polis Indonesia, Detasmen-88.

Menurut kenyataan itu, inisial mereka yang ditahan adalah HFP, LB, DF, FA, HS, ER dan RS.

Jurucakap Detasmen-88, Aswin Siregar, berkata siasatan kini masih dijalankan dan belum dipastikan sama ada kesemua mereka yang ditahan saling mengenali atau daripada kumpulan pengganas yang sama.

"Kami mempunyai mekanisme untuk memantau dan memeriksa. Kami menerima maklumat daripada orang awam," kata Kolonel Aswin.

Carian yang dijalankan di rumah salah seorang pengganas yang didakwa merancang serangan ke atas Pope Francis itu yang melawat Jakarta dari 3 hingga 6 September lalu menemui anak panah, sebuah dron, dan risalah ISIS, menurut sumber yang memberitahu The Straits Times.

Beberapa orang yang ditahan telah mengangkat sumpah setia kepada ISIS, tambahnya.

"Salah seorang yang ditahan adalah seorang militan yang tergolong dalam kumpulan pengganas menyerang Wiranto," menurut sumber yang merujuk kepada Menteri Keselamatan Indonesia pada ketika itu yang ditikam oleh dua penyerang radikal ISIS pada tahun 2019.

Sumber mendedahkan, individu itu marah dengan lawatan Pope Francis ke masjid Istiqlal di Jakarta iaitu masjid terbesar di Asia Tenggara dan kesal dengan rayuan kerajaan kepada stesen televisyen untuk menghentikan siaran azan seperti biasa untuk menayangkan siaran langsung lawatan Pope Francis.

Stesen televisyen turut menggantikan siaran azan dengan mengumumkannya menggunakan teks. - AGENSI


PROJEK BUNUH

POPE INI

SELALU BERLAKU

AMIN

DULU WARGA

TURKI CUBA

BUNUH POPE

AMIN

SEKARANG

MAT INDON

AMIN

PASAL APA

WAT IS DE BEKOS

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bolehkah pope melawat Malaysia yang masih berada dalam gua batu?

Tanpa Nama berkata...

Boleh jadi pasal "sengaja"
Sengaja olah cerita ini untuk alihkan cerita lain dan taknak orang bercakap..
Sengaja untuk projek salah bendera.
Sengaja untuk biarkan orang bercakap pasal benda2 bodoh. Lupakan hal yang lebih penting.
Ininkerja media bodek kerajaan. Amen