Selasa, 3 September 2024

ZAHID KEMBALI PADA RAKYAT - WAJIB SOKONG


Jangan ambil tanah orang kampung – Ahmad Zahid


BAGAN DATUK – Kerajaan meminta agar tiada lagi mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya melakukan pengambilan tanah yang dimiliki penduduk kampung bagi sebarang bentuk tujuan.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya pengambilan tanah boleh dilakukan terhadap tanah berstatus pajakan seperti ladang-ladang yang ada antaranya diberikan pajakan 99 tahun sejak zaman penjajahan Inggeris.

pengambilan tanah kerajaan ahmad zahid kampung tanah berstatus pajakan penduduk orang kampung

“Seperti di Bagan Datuk, tanah kebanyakannya dimiliki pengurusan dan pemegang saham syarikat ladang, sementara tanah yang dimiliki orang kampung tinggal sedikit sahaja.

“Oleh sebab itu, saya arahkan jangan buat pengambilan tanah atau minta orang kampung untuk tanah mereka diambil.

“Sementara syarikat perladangan yang sudah mengaut untung dalam tempoh lama juga, mereka harus kembalikan keuntungan itu melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Jalan Utama di Kampung Sungai Pergam dan Jambatan Sempit di Simpang Masjid Al-Quro’, dekat sini, pada Ahad.

Hadir sama Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, saranan itu dilakukan susulan cadangan beliau sebelum ini agar 20 peratus daripada tanah berstatus pajakan seperti pertanian yang telah tamat untuk diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menjelaskan, ia bukan sebagai tindakan menekan mana-mana pihak sebaliknya usaha itu dilakukan demi pembangunan rakyat setempat.

“Orang kampung harus diberikan faedah. Orang kampung jangan hanya dipaksa untuk melihat keuntungan itu dibawa ke luar.

“Tetapi mesti (tanah tamat pajakan) dikembalikan kepada kerajaan negeri untuk diberikan pada orang kampung dan rakyat marhaen. Jadi inilah yang pada pandangan saya adil,” katanya lagi.

Ketika pada sidang media, Ahmad Zahid memberitahu, cadangan itu bagaimanapun akan diteliti Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) di samping perbincangan dengan setiap kerajaan negeri dan Wilayah Persekutuan akan diadakan.

“Perbincangan dengan kerajaan-kerajaan negeri kita akan teruskan supaya mereka tidak salah tafsir, manakala pihak syarikat juga tidak mempunyai pandangan negatif atau menolak cadangan itu

“Walau bagaimanapun kita berjanji untuk lakukan penelitian sebelum pelaksanaan sepenuhnya dapat dilakukan,” katanya lagi.

 

ZAHID KEMBALI

KEPADA RAKYAT

AMIN

SATU DASAR

TANAH BARU

WAJIB DIWUJUD

AMIN

DASAR  INI KITA

WAJIB SOKONG

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak bodek orang kampung le tu!!! Orang kampung meluat tengok kau....pembelot, penipu dan penyamun. Kau ingat orang bagan datok nak undi kau ke? Sorry le wak.