Selasa, 3 September 2024

ZAHID DIREHATKAN ?



Zahid perlu dicutikan, beri laluan siasatan- Tuan Ibrahim 

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas,  Tuan Ibrahim Tuan Man berpendapat,  Ahmad Zahid Hamidi perlu diberikan cuti bagi memberi laluan kepada siasatan bebas terhadap dirinya sehingga selesai.

Beliau yang mengalu-alukan sikap terbuka Ahmad Zahid untuk disiasat berhubung dakwaan terdapat unsur memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Berkanun (SD) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan bagaimanapun merasakan tidak mungkin seseorang dapat disiasat sepenuhnya ketika masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Siasatan mesti menyeluruh termasuk sejauh mana aku janji mematuhi kehendak undang-undang dan tiada unsur paksaan.

“Persoalan utama apakah hasil selepas siasatan, sedangkan 47 kes pun boleh ditarik balik?

“Apa jaminan kalau (terbukti) berlaku salah urus atau penipuan kepada Yang di-Pertuan Agong, apakah Ahmad Zahid sedia meletakkan jawatan?” katanya memetik laporan Sinar Harian Online.

Tuan Ibrahim turut mempersoalkan kenyataan Ahmad Zahid bahawa 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menandatangani ikrar SD kepada Perikatan Nasional (PN) tidak boleh berbuat demikian kerana mereka telah menandatangani dokumen untuk memberi kuasa kepada Pengerusi BN bagi membentuk kerajaan selepas PRU15.

“(Ahmad Zahid) perlu kembali kepada Perlembagaan di mana setiap ahli Parlimen mempunyai hak memberi sokongan kepada sesiapa untuk menjadi Perdana Menteri.

“Kenyataan bahawa MP mesti mengikut parti, nyata meleset kerana enam ahli Parlimen PN yang menyokong Perdana Menteri tidak ikut kehendak parti dan tidak gugur sebagai ahli Parlimen,” demikian menurut laporan itu. –

WOIT

TUAN IBRAHIM

NI TAK FAHAM

AMIN

ZAHID ADALAH

PEMBANTU UTAMA

UNTUK PN MENANG

BESAR PRU16

AMIN

ZAHID WAJIB

TERUS JADI

PRESIDEN UMNO

AMIN

JANGAN TOLONG

BAIKI RUMAH

MUSUH

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: