Rabu, 23 Oktober 2024

RON95 NAIK - HARGA BARANG IKUT NAIK


BILA RON95

NAIK HARGA

BARANG AKAN

JADI NAIK HARGA

AMIN




KUALA LUMPUR: Bagaimana harga barangan akan turun selagi isu penurunan nilai mata wang masih tidak diselesaikan?

Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetori Malaysia, Prof. Madya Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, tidak dinafikan perkara tersebut akan berlaku bukan sahaja pada masa ini tetapi juga pada masa akan datang.

“Satu daripada puncanya ialah polisi kerajaan dalam rasionalisasi petrol RON95 dan juga kenaikan gaji minimum tetapi ia bukan merangkumi keseluruhan kepada permasalahan tersebut.

“Ini kerana realitinya ialah masalah penurunan nilai matawang itu sendiri yang secara keseluruhannya menyumbang kepada kenaikan pelbagai barangan,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Menurut beliau, kenaikan barangan yang dijangka berlaku pada tahun hadapan tidak akan berlaku secara ketara.

Tambahnya, ini kerana kerajaan masih mengenakan kawalan harga terhadap sesetengah barangan dan perkhidmatan asas itu sendiri.

“Lagipun, kadar inflasi semasa adalah 1.9 peratus yang sememangnya jauh daripada kadar purata inflasi iaitu sebanyak tiga peratus. 

“Sebenarnya inflasi telah wujud sepanjang zaman yang mana ianya terikat dengan hukum banyak permintaan daripada penawaran yang turut dikenali sebagai ‘pull factor’.

“Namun begitu, pada masa ini inflasi adalah berpunca daripada para industri hutang walaupun dilabel ‘Islamik’ yang mana mereka mencipta wang melalui pemberian apa jua pinjaman atau pembiayaan kepada rakyat.

“Apabila semakin banyaknya wang yang dicipta beredar di pasaran maka penurunan nilai mata wang dijamin akan berlaku dan ini yang menyumbang kepada kenaikan harga barangan.

“Kesannya, ramai peniaga terpaksa menaikkan harga barangan atau perkhidmatannya semata-mata untuk membayar bebanan pinjaman atau pembiayaan yang diambil,” ujarnya.

Sehubungan itu, Razman menyatakan bahawa kenaikan harga barangan yang berlaku pada hari ini adalah lebih kepada bersifat ‘artificial’ (dicipta) dan bukan semata-mata hukum semula jadi berbentuk penawaran dan permintaan (supply and demand).

Tambah beliau, masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menangani masalah kenaikan harga barangan itu sendiri.

“Jadi, apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah selagi reformasi sistem kewangan ini masih tidak dilakukan, maka masalah ekonomi rakyat akan terus berlaku,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/10/2024

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Prof Kangkung ini lupa negara ini pengeluar minyak petroleum, malah kualiti lebih baik dengan kandungan sulfur rendah menjadi kualiti terbaik, tetapi minyak ini dijual keluar, minyak dibeli dari Arab Saudi pulak, selagi subsidi bantuan projek derma projek komisen rasuah diutamakan selagi itulah negara tak dapat ditadbir dengan baik, ada saja lubang ada lubang tikus yang makan rasuah kenyang setiap masa manakala pejuang agama bangsa negara semuanya korek lubang di belakang rumah kita sendiri kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

ramainya isap gam dan minum air ketum rupanya! Kah kah kah!