Trump buat lantikan pertama Kabinet, beri bayangan teruskan perbincangan dengan Putin
WASHINGTON: Presiden yang dipilih semula, Donald Trump membuat pelantikan Kabinet pertamanya dan dalam masa sama memberi isyarat mengenepikan dasar pentadbiran lama, dengan kembali jalin hubungan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin.
Pengurus kempen Trump, Susie Wiles akan berkhidmat sebagai ketua kakitangan Rumah Putih dan beliau adalah wanita pertama dinamakan untuk peranan berprofil tinggi serta menjadi pelantikan pertama bagi parti Republikan.
Putin menyifatkan Trump sebagai pemimpin yang berani, susulan caranya mengendalikan situasi cemas berikutan cubaan bunuh dihadapi pada Julai lalu, malah menyatakan kesediaan untuk mengadakan perbincangan bersama.
Trump kemudiannya memberitahu NBC News bahawa dia belum bercakap dengan Putin, pemimpin autoritarian yang berulang kali dipujinya selama bertahun-tahun.
Susulan kemenangannya, Trump berkata, kemungkinan dia akan berubah fikiran dan kembali berbincang dengan Putin.
Ia menandakan peralihan seismik yang wujud antara Biden dan Putin sejak Russia menyerang Ukraine pada 2022 dan kritikan Trump susulan sokongan AS terhadap Kyiv.
Sebelum ini, Trump berkata, beliau akan meneruskan perjanjian damai berhubung konflik itu, namun Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky yang bercakap dengan pemimpin AS itu pada Rabu, berkata, gesaan untuk gencatan senjata adalah 'berbahaya'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan