Pasukan Taliban Afghanistan sasar beberapa lokasi di Pakistan sebagai tindakan balas serangan udara
KABUL: Tentera Taliban Afghanistan hari ini menyasarkan beberapa lokasi di negara jiran Pakistan, kata Kementerian Pertahanan Afghanistan, beberapa hari selepas pesawat Pakistan melakukan pengeboman udara di kawasan Afghanistan.
Kenyataan daripada Kementerian Pertahanan itu tidak menyatakan Pakistan tetapi berkata serangan itu dilakukan melangkaui 'garis hipotesis satu ungkapan yang digunakan oleh pihak berkuasa Afghanistan merujuk kepada sempadan dengan Pakistan yang sekian lama dipertikai mereka.
"Beberapa lokasi di luar garis hipotesis, berfungsi sebagai pusat dan tempat persembunyian bagi unsur-unsur berniat jahat dan penyokong mereka yang mengatur dan menyelaraskan serangan di Afghanistan, disasarkan sebagai tindakan balas dari arah tenggara negara itu," kata kementerian itu.
Ditanya sama ada kenyataan itu merujuk kepada Pakistan, jurucakap kementerian, Enayatullah Khowarazmi berkata negaranya tidak menganggapnya sebagai wilayah Pakistan.
"Oleh itu, kami tidak dapat mengesahkan wilayah itu, tetapi ia berada di sebalik garis hipotesis," katanya.
Bagaimanapun butiran mangsa atau kawasan tertentu yang disasarkan tidak diberikan.
Sayap Perhubungan Awam Tentera Pakistan dan jurucakap Kementerian Luar Negeri juga setakat tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas.
Rabu lalu, pihak berkuasa Afghanistan memberi amaran pihaknya akan bertindak balas selepas pengeboman Pakistan, yang dikatakan mereka membunuh orang awam.
Dalam pada itu, Islamabad berkata pihaknya menyasarkan tempat persembunyian pejuang Islam di sepanjang sempadan.
Negara jiran itu mempunyai hubungan dengan Pakistan, mengatakan bahawa beberapa serangan pejuang yang terjadi di negaranya dilancarkan dari kawasan Afghanistan namun tuduhan itu dinafikan Taliban Afghanistan. - REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan