Sabtu, 28 Disember 2024

ZIONIS BLACKROCK BAKAR HOSPITAL


Tentera Israel bakar Hospital Kamal Adwan di utara Gaza

BAITULMAQDIS: Tentera Israel menyerbu Hospital Kamal Adwan semalam dan mengarahkan puluhan pesakit dan ratusan yang lain keluar, sementara sebahagian kawasan hospital dilaporkan terbakar di utara Gaza, menurut pegawai Kementerian Kesihatan Palestin.

Menurut kakitangan perubatan Palestin, seperti mana hospital Indonesia dan Al-Awda, Hospital Kamal Adwan sudah berulang kali diserang oleh tentera Israel yang menyerbu kawasan utara Gaza selama berminggu-minggu.

Pengarah Kementerian Kesihatan di Gaza, Munir Al-Bursh, berkata tentera Israel mengarahkan 350 orang meninggalkan Hospital Kamal Adwan dan berpindah ke sekolah berhampiran yang menempatkan keluarga pelarian, termasuk 75 pesakit, peneman mereka dan 185 kakitangan perubatan.

Rakaman yang tersebar di media Palestin dan Arab yang tidak dapat disahkan segera oleh Reuters, menunjukkan kepulan asap menjulang ke ruang udara dari kawasan Hospital Kamal Adwan.

Kelmarin, pegawai kesihatan mendakwa lima petugas perubatan, termasuk seorang pakar pediatrik terbunuh akibat tembakan daripada tentera Israel di kawasan Hospital Kamal Adwan.

Tentera Israel berkata, mereka tidak menyedari serangan di hospital itu dan laporan mengenai kematian itu akan disiasat.

Dalam satu kenyataan, Hamas menyalahkan Israel dan Amerika Syarikat (AS) atas nasib penghuni hospital terbabit.

Di kawasan lain di Gaza, serangan udara tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk 15 individu di sebuah rumah di Bandar Gaza, menurut petugas perubatan dan perkhidmatan kecemasan awam.

Kementerian Kesihatan Palestin mendakwa hubungan dengan kakitangan hospital di Beit Lahiya, yang berada di bawah tekanan besar pasukan Israel selama berminggu-minggu sudah terputus.

Semalam, Kementerian Kesihatan di Gaza mendakwa tentera Israel telah menahan pengarah hospital, Abu Safiya, bersama puluhan kakitangannya.

Al-Bursh, dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel kini berada di dalam hospital berkenaan dan sedang membakar hospital terbabit.

Tentera Israel mendakwa mereka cuba mengurangkan risiko terhadap orang awam dan memastikan pemindahan selamat bagi orang awam, pesakit dan petugas perubatan sebelum operasi, namun tidak memberikan butiran lanjut mengenai perkara berkenaan.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel mendakwa pejuang dari kumpulan Hamas yang sebelum ini mengawal Gaza, menggunakan hospital terbabit sebagai markas utama sepanjang perang.

Bagaimanapun, pihak Hamas menafikan dakwaan itu sebagai pembohongan dan menegaskan tiada pejuang Hamas di hospital terbabit.

Timbalan Menteri Kesihatan yang dilantik Hamas, Youssef Abu El-Rish, berkata tentera Israel bertindak membakar bahagian pembedahan, makmal dan gudang simpanan di hospital terbabit.

Dalam pada itu, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa terdapat kebakaran kecil di bangunan kosong di dalam kawasan hospital yang kini berada di bawah kawalan mereka.

"IDF tidak menyedari sebarang kes berkaitan dakwaan kebakaran yang disebabkan oleh tembakan daripada IDF," katanya.

Abu El-Rish berkata tentera Israel memindahkan pesakit dan kakitangan perubatan ke Hospital Indonesia yang tidak lagi berfungsi akibat kerosakan teruk dan sudah dikosongkan oleh tentera Israel sehari sebelumnya.

Sebahagian besar kawasan sekitar bandar utara Jabalia, Beit Hanoun dan Beit Lahiya sudah dikosongkan dan dimusnahkan secara sistematik, mencetuskan spekulasi bahawa Israel berhasrat mengekalkan kawasan itu sebagai zon penampan tertutup selepas pertempuran di Gaza berakhir.

Israel menyatakan serangan itu bertujuan untuk menghalang kumpulan Hamas daripada berkumpul semula tetapi akan mengekalkan kawalan keselamatan penuh di Gaza selepas perang. - AGENSI

ZIONIS BLACKROCK

BAKAR HOSPITAL

TERAKHIR DI GAZA

AMIN

MASIH ADAYANG

TAK SEDAR BAHAYA

ZIONIS BLACKROCK

KHALAS

Tiada ulasan: