Isnin, 27 Januari 2025

ANWAR BLACKROCK PAKAI TAKTIK LAPUK




Mengelilingi dunia tak bina kredibiliti, Anwar diberitahu


Siri lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke luar negara sejak mengambil alih kuasa disifatkan "taktik lapuk" oleh bekas setiausaha politiknya, yang berpandangan ia tidak dapat membina reputasinya sebagai pemimpin negara.

Ezam Nor, satu ketika dulu individu yang merupakan antara paling rapat dengan Anwar, berkata strategi perdana menteri itu dilakukan sejak dalam kerajaan Dr Mahathir Mohamad sebelum pemecatannya pada tahun 1998. 

"Sesiapa yang ikuti secara dekat modus operandi Anwar meraih populariti sejak menjadi pemimpin NGO di zaman mudanya pasti boleh membaca corak dan trend yang sama.

"Setiap kali keluar negeri, beliau akan bawa balik dan memborong kisah beliau berjumpa pemimpin ternama di peringkat antarabangsa untuk menaikkan imej beliau," katanya kepada MalaysiaNow. 

Kritikan itu di sebalik perjalanan terbaru Anwar di benua Eropah membabitkan United Kingdom, Belgium dan Switzerland. 

Hujung tahun lalu, Anwar mengetuai rombongan rasmi ke China, Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil, lawatan yang mengundang kritikan selepas pengakuannya mengenai kos lawatan dibayar pihak swasta. 

Pada sidang Dewan Rakyat Oktober lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa berkata kerajaan membelanjakan RM13.7 juta bagi menampung kos 39 lawatan Anwar meliputi 22 negara.

Ezam yang merupakan watak utama gerakan reformasi pimpinan Anwar berkata, strategi menampilkan diri di pentas antarabangsa hanya berkesan semasa di luar kerajaan. 

"Kredibiliti sebagai perdana menteri bukan boleh dibina dengan 'pertunjukan' diplomasi yang digembar-gembur tetapi menerusi keputusan-keputusan yang menguntungkan negara.

"Setakat hari ini, tiada apa yang dilakukan dapat dilihat menguntungkan negara berbanding Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri."

Penganalisis Samirul Ariff Othman berkata, Anwar dilihat yakin membawa masuk pelaburan asing dan membina hubungan dengan pemimpin asing untuk melonjakkan imej kepimpinan visionari dan kompeten. 

Tetapi keberkesanan strategi ini boleh didebatkan, katanya.

"Walaupun pengiktirafan antarabangsa boleh membantu keabsahan seorang pemimpin, ia berisiko mengasingkan pengundi tempatan jika ia dilihat sebagai mengabaikan kegusaran domestik," katanya. 

Samirul yang merupakan profesor adjung di Universiti Teknologi Petronas, berkata keraguan orang ramai terhadap Anwar berpunca daripada kurangnya kesan domestik yang dapat dirasai. 

Beliau merujuk nasib bekas perdana menteri, Najib Razak yang mana pengumuman FDI tanpa manfaat domestik tidak diterjemahkan sebagai sokongan pengundi. 

Menurutnya, walaupun keterlibatan Anwar di luar negara boleh mendatangkan kesan jangka panjang yang baik, terdapat isu domestik yang lebih memerlukan perhatiannya. 

"Rakyat Malaysia mengharapkan solusi segera terhadap inflasi, penggangguran, dan ringgit yang melemah. 

"Tiada susulan berhubung kadar realisasi FDI yang diumumkan, menimbulkan skeptisisme." 

Di samping itu, katanya, Anwar turut berdepan kritikan berhubung isu kaum dan agama yang melunturkan keterujaan pencapaian global di kalangan sesetengah segmen pengundi.

Antara Anwar dan Mahathir

Membandingkan dengan Mahathir, Samirul berkata pengaruh global bekas perdana menteri keempat itu berpunca daripada kepimpinan yang berani seperti semasa krisis kewangan Asia, yang mana langkah tegas diambil seperti kawalan modal dan menolak bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

"Anwar pula memfokuskan mengenai naratif peribadi dan diplomasi, yang mana ia kelihatan kurang transformatif. 

"Rakyat Malaysia melihat kehadiran antarabangsa Mahathir sebagai tambahan kepada agenda domestik beliau. Anwar menerima kritikan kerana mengutamakan optik global berbanding cabaran di tanah air," tambahnya.

Sementara itu, bekas menteri luar Saifuddin Abdullah berkata, Mahathir lebih dilihat konsisten dalam dasar luar berbanding Anwar. 

"Dalam isu Palestin, Mahathir lantang. Anwar juga lantang, tetapi isu BlackRock menyebabkan imejnya tercalar. 

"Mahathir jelas seimbang antara Amerika Syarikat dan China. Anwar menghantar isyarat berbeza apabila tidak ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tahun lalu, dan sekadar menghantar menteri luar sahaja," katanya. 

Saifuddin berkata Mahathir disegani atas beberapa faktor, antaranya status negara sebagai "Asian Tiger", dasar negara yang jelas dan program khusus seperti Langkawi International Dialogue. 

"Anwar tiada apa-apa yang begini," tambahnya. 

Dalam pada itu, Ezam berkata, setakat ini Anwar tidak menunjukkan dasar luar yang ampuh, meskipun Malaysia menjadi pengerusi Asean tahun ini. 

"Kepengerusian Asean menjadi agenda Anwar untuk melonjakkan nama beliau sahaja. Ia bukan untuk Malaysia dan Asean," katanya

WOIT

RAMAI TAK

FAHAM KENAPA

ANWAR

BLACKROCK

SELALU KE EROPAH

KAH KAH KAH

MAT EZAM

BEKAS SU POLITIK

LAGI TAK FAHAM

AMIN

BAGI CHANLAA

ANWAR

BLACKROCK NAK

KE GERMAN

KAH KAH KAH

MUSTAHIL HANG

TAK TAHU

AMIN

TAK CAYA 

TUNGGU BULAN

TIGA 

ANWAR

BLACKROCK

AKAN KELUAR 

LAGI

JENG JENG JENG

SENYAP SENYAP

KE GERMAN

KAH KAH KAH

PASAI APA

KE  GERMAN?

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pasai apa isam habaq mai la