Rabu, 29 Januari 2025

BERBAHAGIALAH HENDAKNYA KELUARGA INI




Di Tahun Baharu Cina, 'balik kampung' tinggal kenangan bagi pasangan kahwin campur ketika berdepan cabaran hidup


Tujuh belas tahun lalu, Chong Ban Aun dan Dewi Budiman mendirikan rumahtangga, penuh yakin dengan pelbagai harapan untuk masa depan.

Walaupun berasal dari latar belakang etnik yang berbeza, mereka gembira mengamalkan budaya satu sama lain, seperti pulang ke kampung halaman Chong di Kampar, Perak, untuk merayakan Tahun Baru Cina setiap tahun.

Bagi Dewi, perjalanan itu sesuatu yang ditunggu-tunggu. 

Katanya, Chong akan membeli tiket bas beberapa minggu lebih awal dan anak-anak sangat teruja kerana tidak sabar untuk berjumpa dengan saudara mara di rumah nenek.

Dewi mengimbas kembali kenangannya bersama ibu mertua yang tidak jemu mengajarnya resipi masakan Cina untuk sambutan penting itu.

"Makan besar" di ambang perayaan, antara amalan penting tradisi Tahun Baharu Cina, menampilkan gabungan hidangan kedua-dua budaya, termasuk kari dan rendang dihidangkan bersama makanan Cina.

Tetapi dua tahun lalu, kekangan kewangan menyebabkan perubahan dalam cara sambutan.

Tahun ini, buat kali ketiga, Dewi, Chong, dan anak-anak mereka akan menyambut Tahun Baharu Cina sesama mereka sahaja.

Dewi, 49, sedar anak-anak sangat rindu untuk pulang ke kampung halaman. 

"Saya perlu menjelaskan bahawa ini adalah keadaan kewangan kami, supaya mereka boleh faham," katanya kepada MalaysiaNow di ruang tamu rumah kecil dua bilik mereka di Kampung Tasik Tambahan Ampang, Selangor.

Kekangan kewangan bermula selepas Chong, 63, mendapati kerja ambil upah semakin berkurangan.

Sejak usia 15 tahun, dia menjadi buruh kasar, dan apabila dewasa, dia sudah mahir membaiki rumah dan bangunan serta melakukan kerja-kerja mengecat dan membaiki paip, malah rakan-rakannya memberikan gelaran "pakar repair".

"Ada masa saya kena tunggu berbulan lama untuk pergi kerja," kata Chong.

"Kali terakhir saya keluar kerja pada dua minggu lepas di Klang untuk membaiki rumah."

Walaupun kakinya cedera dalam kemalangan tahun lalu, dia yakin masih sihat untuk meneruskan kerja.

"Saya sudah pergi jumpa doktor, tiada masalah. Saya masih boleh kerja," tambahnya. 

Tetapi pekerjaan semakin kurang, dan semakin jarang.

Di rumah kecil mereka, satu-satunya simbol perayaan Tahun Baru Cina tahun ini ialah sehelai kain merah, atau "chai" yang digantung di pintu depan.

Tiada kuih muih atau limau Mandarin - hanya barangan rumah dan timbunan buku sekolah.

Sedikit wang daripada pekerjaan baharu Dewi sebagai tukang bersih sekolah, semuanya digunakan untuk membayar sewa – RM700 sebulan – dan menampung perbelanjaan isi rumah dan wang saku untuk anak-anak.

"Kami tiada kenderaan hanya ada motosikal," kata Dewi. "Saya naik bas pergi kerja dan balik setiap hari."
.
Pekerjaan baharu Dewi memberikan sedikit ketenangan, namun tahun ini, sekali lagi, Tahun Baharu Cina akan menjadi sunyi.

Rendang dan juadah Cina seperti pada makan besar yang lampau tinggal menjadi kenangan. Apa sahaja yang terhidang di atas meja merupakan makanan yang serba sederhana - lauk sayuran bersama nasi.

Dewi dan Chong memberitahu anak-anak mereka bahawa kegembiraan dalam menyambut perayaan tidak semestinya diukur dengan kemewahan sebaliknya terletak pada rasa kasih sayang dan penghargaan terhadap keluarga.

"Tak kira apa yang kita ada, yang penting kita makan sama-sama," kata Dewi.

KITA SEMUA

MERASA SEDIH

MEMBACA

KESAH INI

AMIN

MANA SEDIH

HATI MEMBACA

SEDIH LAGI

KELUARGA INI

DI PAGI RAYA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: