Rabu, 29 Januari 2025

ANWAR BLACKROCK DAN RASUAH


DARI LAMAN

MUKA BUKU

CIKGU BARD


Saya telah menerima satu set dokumen tebal serta surat aduan berkenaan korupsi orang kuat Parti Keadilan Rakyat  yang dilantik regim Anwar Ibrahim dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada minggu lepas. 

Namun channel Telegram EDISI SIASAT (ES)telah menyiarkan sebahagian besar dokumen yang dihantar kepada saya semalam. Beberapa media seperti Suara.TV turut melaporkan perkara ini semalam.

Maka dengan ini saya mendesak semua penama yang dinamakan dalam pendedahan EDISI SIASAT tersebut menjelaskan. Dalam keadaan CUKAI DBKL (hendak) dinaikkan , kos kehidupan menggila dan perbagai perkhidmatan perbandaran banyak rungutan maka penyelewengan mewah ini perlu dipandang sangat serius. 

Saya siarkan semula petikan ES dengan boat baik me mohon penjelasan dan jika penjelasan memuaskan diperolehi saya sedia siarkan semula. Tapi jangan bertindak ala Korea utara pakai Polis Diraja Malaysia  (Royal Malaysia Police ) & Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia  tangkap, rampas dan padam. 

Bawah ialah petikan tersebut

Assalamu'alaikum Tuan ES

Perkara: Aduan Mengenai Salah Laku Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya DBKL, Dato' Hj Afdlin Shauki Aksan, dalam Perolehan Projek Kerja Penerbitan Bahan Kreatif untuk DBKL.

Kami, kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), ingin mengemukakan satu aduan rasmi mengenai salah laku yang melibatkan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dato' Hj Afdlin Shauki Aksan yang juga Pengerusi YWP Media Sdn Bhd, berhubung perolehan runding terus bagi kerja-kerja penerbitan bahan kreatif untuk DBKL semasa pentadbiran Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Antara perkara yang menjadi kebimbangan kami adalah:

1. Penggunaan Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Wilayah Persekutuan (KSKYWP) bagi Projek Bernilai RM4 Juta:

Projek penerbitan bahan kreatif yang sepatutnya melalui proses tender terbuka, telah disalurkan kepada KSKYWP yang kemudiannya memberi projek tersebut kepada syarikat milik kroni Dato' Afdlin Shauki. Nilai projek tersebut adalah RM4 juta. Tindakan ini jelas menyalahi prosedur tatakelola yang betul kerana ia mengelakkan perolehan yang sepatutnya melalui proses tender yang telus.

2. Penerbitan Video atas Nama Akaun TikTok Friends of DBKL dengan Usaha Sama Selebriti Caprice: 

Satu lagi isu yang sangat merisaukan adalah penerbitan video di atas nama akaun TikTok "Friends of DBKL" yang melibatkan selebriti Caprice. Kerja-kerja penerbitan ini dilakukan tanpa melalui proses tender yang sah dan melibatkan kos yang besar. Tambahan lagi, Caprice masih berhutang sebanyak 120 buah video dengan DBKL yang belum diselesaikan. Hal ini menunjukkan kegagalan pihak berkepentingan dalam menguruskan kontrak dan kewajipan yang perlu dipenuhi.

3. Pembinaan Studio dan Konti 

Radio DBKL Bernilai RM7 Juta:

Selain itu, terdapat juga projek yang berkaitan pembinaan studio dan konti radio milik DBKL yang berjumlah RM7 juta. Projek ini kini dihentikan atas arahan Datuk Bandar, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, kerana kos yang tinggi serta banyak pelanggaran tata kelola yang berlaku.

Sebelum ini, projek tersebut turut didedahkan oleh pegawai DBKL melalui Akaun Telegram Edisi Siasat yang turut menyebut mengenai isu salah urus kewangan dan ketidakpatuhan prosedur. 

4. Mengaitkan VVIP dalam memohon proses kelulusan secara pantas:

Dato' Afdlin Shauki selalu menyatakan bahawa projek-projek yang dipohon adalah didalam pengetahuan PMX dan Setiausaha Politik PMX, Dato' Azman Abidin.

Dato' Afdlin pernah meyebut yang projek Studio dan Konti Radio adalah atas arahan PMX dan Dato' Azman.

Pengarah DBKL terpaksa melayan permintaannya kerana tidak mahu berdepan dengan masalah.

5. Jumlah Perolehan yang Mungkin Melebihi RM10 Juta: 

Berdasarkan pemerhatian kami, jumlah keseluruhan perolehan yang diterima yang dikendalikan oleh Dato' Hj Afdlin Shauki mungkin melebihi RM10 juta. Tindakan ini bukan sahaja melibatkan penggunaan dana awam yang tidaksepatutnya, tetapi juga merosakkan integriti sistem perolehan DBKL yang sepatutnya berasaskan kepada ketelusan dan keadilan.

Kesimpulan: Berdasarkan perkara-perkara di atas, kami memohon ES untuk membongkarkan segala salah laku yang dilakukan oleh Datuk Hj Afdlin Shauki Aksan serta pihak-pihak yang terlibat dalam proses perolehan yang meragukan ini. 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia seperti biasa telah mampos kerana mati dilacurkan teruk oleh #AzamBaki 

Sekian, terima kasih.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

x retard tapi nampak baik , prima facie tarik diri heitech padu kata nak check lepas tu diam, nak hapus x hapus tambah 3R sakau47 bebas dll kahkahkah ramai hanya boleh tengok!;