Rabu, 29 Januari 2025

PERKARA INI MUDAH DISELESAI


PUM tak setuju arak dijual secara terbuka di kawasan majoriti Muslim

KUALA LUMPUR – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) tidak bersetuju dengan penjualan arak yang terus dibenarkan beroperasi secara terbuka khususnya dalam kawasan majoriti Muslim di negara ini.

Yang Dipertua PUM, Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz berkata, kenyataan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang menyokong kelangsungan penjualan arak jelas tidak mencerminkan hasrat majoriti rakyat yang mahu pengawalan yang lebih ketat terhadap penjualan minuman keras ini.

Tegas beliau, tindakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang berusaha untuk meluaskan larangan jualan arak di kawasan mereka sepatutnya dipuji, terutamanya di kawasan majoriti Melayu Muslim, yang mana arak adalah haram menurut hukum Islam.

“PUM melihat bahawa MBI telah mengambil langkah yang amat rasional dan sangat menghormati kedudukan orang bukan Islam apabila pewartaan mengenai larangan penjualan arak hanya melibatkan kawasan tertentu sahaja yang majoriti Muslim, dan tidak melibatkan keseluruhan kawasannya.

“Mengekang penjualan arak bukan hanya seiring dengan ajaran agama Islam, tetapi juga bertepatan dengan norma moral masyarakat yang lebih luas.

“Ramai sudah menyedari arak boleh mendatangkan mudarat, seperti kemalangan jalan raya, keganasan rumah tangga, hubungan terlarang, dan pelbagai masalah sosial yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini.

Wan Mohamad menambah, masih terdapat kedai yang menjual arak tanpa kaunter khusus, malah pekerja Muslim terpaksa mengendalikannya.

Lantaran itu, PUM mendesak kerajaan agar menguatkuasakan kawalan ketat penjualan arak hanya dibenarkan dengan kaunter khas dan tidak melibatkan pekerja Muslim.

Ini adalah langkah-langkah kawalan yang amat perlu bagi memastikan penjualan arak tidak mengganggu ketenteraman dan keharmonian masyarakat, ujarnya sambal meminta kerajaan berani bertindak tegas dalam isu ini sebagai langkah memperkasa masyarakat sivil yang baik, selaras dengan agenda Madani yang diingini oleh kerajaan.

Awal tahun ini, MBI bercadang untuk meluaskan larangan penjualan arak atau minuman keras secara runcit dan borong di kawasan dengan majoriti penduduk Melayu beragama Islam di pentadbirannya.

Datuk Bandar Ipoh,  Rumaizi Baharin berkata, ini berikutan ada beberapa cadangan dan tuntutan dikemukakan beberapa pihak berhubung perkara itu.

Namun, kelulusan cadangan itu bergantung kepada jumlah tuntutan yang disuarakan penduduk dan keperluan semasa di kawasan berkenaan.

Ketika ini, penguatkuasaan larangan itu hanya terpakai di kawasan Gugusan Manjoi.- 


PERKARA INI

MUDAH SELESAI

AMIN

TUTUP SAJA

KILANG ARAK 

DI PJ

AMIN

HENTIKAN IMPORT

ARAK DARI LUAR

AMIN

TUTUP KASINO

GENTING

TUTUP SEMUA

SYARIKAT JUDI

AMIN

SEMUA DIBENARKAN

BEROPERASI DIZAMAN

JAHILIAH UMNO

AMIN

SEKARANG ZAMAN

MADANI

HAPUSKAN SEMUA 

KEJAHILAN INI

AMIN

TAK MASUK  AKAL

ARAHAN ALLAH

HANYA PADA

MELAYU SAJA

AMIN

KALAU BAIK

UNTUK MELAYU

PASTI BAIK

UNTUK 

SATU MALAYSIA

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tu la ajak anak semua bangsa tolak benci rasuah blackrock ketimbang madani terhormat 3R sakau47 bebas DNAA dengan TURUN ramai2 demo lawan sampai putarjaya tungging langgang kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

tetapi rasuah, menipu dibenarkan? baguslah. malaysia nak jadi uganda, zimbabwe ke-2. Kah kah kah!