Isnin, 13 Januari 2025

JANGAN LUPA FAKTA



Anwar ditegur cuba heret PM terdahulu dalam kemelut titah adendum Najib

Tindakan Anwar Ibrahim mengaitkan pemimpin terdahulu dalam isu titah adendum Najib Razak disifatkan tidak adil oleh pakar komunikasi, selepas pengakuan perdana menteri akhirnya mengakui kewujudan dokumen tambahan itu selepas kontroversi berbulan-bulan.

Anwar pada Sabtu mengakui kewujudan titah Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya bekas perdana menteri, Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.

Beliau kemudiannya membandingkan dirinya dengan beberapa pemimpin terdahulu.

"Yang suruh tangkap (Najib), Mahathir. Yang dakwa, Muhyiddin. Yang hukum, masa Ismail Sabri. Yang saya apa dia? Yang saya buat hanyalah bagi dia peluang buat rayuan. Saya bagi pertimbangan duduk penjara supaya ada layanan yang baik, itu saja" kata Anwar.

Pakar komunikasi Universiti Teknologi Mara, Abdul Aziz Azizam berkata timbul persoalan mengapa maklumat tentang perkara tersebut tidak diberikan secara jelas lebih awal.

"Mengaitkan perdana menteri terdahulu tentang hal ini pada satu sudut semata-mata tidak adil.

"Ini kerana hal pokoknya adalah salah laku yang telah terbukti dilakukan oleh Najib, bukan mana-mana PM yang perlu dikaitkan," katanya kepada MalaysiaNow.

Mahkamah Rayuan pada 6 Januari membenarkan semakan kehakiman oleh Najib berhubung kewujudan titah adendum tambahan dalam pengampunannya supaya beliau menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Susulan itu, pelbagai pihak menafikan menerima titah tersebut. 

Ia termasuk Jabatan Penjara di bawah Kementerian Dalam Negeri, dan juga Bahagian Hal-Ehwal Undang-Undang di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa yang juga anggota Lembaga Pengampunan turut menafikan terlibat dalam menyembunyikan titah adendum tersebut.

Menurut Aziz, kekalutan yang berlaku sedikit-sebanyak telah merobek persepsi awam terhadap sistem perundangan dan sistem raja berperlembagaan.

"Apabila rakyat dibiarkan tidak mempunyai maklumat yang cukup akan mencetuskan reaksi negatif terhadap institusi raja berperlembagaan yang kita junjung sejak kemerdekaan," tambahnya.

Aziz berkata Anwar perlu menjadi lebih cermat dalam menguruskan isu titah adendum tersbeut yang menyaksikan kekeliruan demi kekeliruan timbul daripada jentera kerajaan.

Najib sedang menjalani hukuman penjara setelah didapati bersalah dalam kes menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd. 

Bagaimanapun, tempoh hukumannya dikurangkan hukuman penjara kepada enam tahun berbanding 12 tahun, dan denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta, dalam pengampunan yang diberikan oleh Sultan Abdullah pada awal tahun lalu.

Shafizan Mohamed, pensyarah komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa, berkata dalam kes-kes berprofil tinggi seperti ini, tindakan berdolak-dalih bukan satu pilihan.

"Ia menghakiskan keyakinan awam ketika mana rakyat memerlukan ketegasan. Kerajaan mesti tunjukkan bahawa mereka mengambil tindakan.

"Ia tidak boleh mengatakan tidak tahu, yang hanya menjadikan reputasi kerajaan semakin buruk," katanya.

Katanya, strategi komunikasi kerajaan perlu lebih proaktif ketika hampir semua menteri mengatakan mereka tidak tahu kewujudan titah tambahan tersebut.

"Ia memberi bayangan bahawa kerajaan tidak tahu apa yang perlu dibuat atau lebih bahaya lagi, orang ramai akan fikir kerajaan teragak-agak dalam membuat keputusan," katanya.

Tambah Shafizan, kerajaan mempunyai cara menunjukkan ia tidak mencampuri urusan mahkamah dengan mengambil tindakan mengikut kuasa masing-masing.

Dalam pada itu, Aziz berkata usaha kerajaan memberi penerangan berkenaan titah tersebut dilihat masih samar-samar dan tidak jelas.

"Sekejap itu dan sekejap ini. Yang patut bercakap pula hilangkan diri," katanya.


 WOIT

JANGAN LUPA 

FAKTA

AMIN

KES 1MDB

KES SRC

SEMUA BERMULA

DI ZAMAN NAJIB

SEBAGAI  PM

AMIN

JANGAN LUPA

NAJIB BUANG

HAMID BADOR

KETUA POLIS

 BUANG

GHANI PATAIL

PEGUAM NEGARA 

BUANG

ABU KASSIM

PENGERUSI SPRM

AMIN

SEMUA MEREKA

TERLIBAT MENYIASAT

KES RASUAH NAJIB

AMIN

JANGAN LUPA

MUHYIDIN JUGA

KENA BUANG

DARI UMNO

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: