Rabu, 1 Januari 2025

JUAL DATU SERI




Pengarah urusan disyaki minta RM375,000 jual pingat Datuk Seri

MELAKA – Pengarah urusan sebuah syarikat swasta di Selangor direman di sini hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah kononnya bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri kira-kira dua tahun lalu.

Perintah reman terhadap lelaki berumur 62 tahun itu sehingga 6 Januari ini dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar S.R Arthana di Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas mendapat permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Terdahulu, suspek yang berpakaian baju lokap SPRM berwarna jingga tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.15 pagi dengan menaiki kenderaan khas SPRM.

Menurut sumber, suspek ditahan SPRM kira-kira 5.35 petang semalam di Pejabat SPRM Melaka bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Sumber berkata, suspek disiasat berhubung permintaan dan penerimaan wang rasuah berjumlah lebih RM375,000 daripada seorang individu bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri yang dilakukan secara bersindiket.

Sebelum ini, media melaporkan dua orang pengurus syarikat swasta di Selangor juga ditahan berhubung isu sama.

Seksyen 16(a)(A) memperuntukkan hukuman denda didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan reman. – 

WOIT

INDUSTRI JUAL

DATUK MAKIN

BERKEMBANG

AMIN

INDUSTRI INI

PERLU BUKA

CABANG DILUAR

NEGARA

AMIN

BUKA DI MESIR

BUKA DI NIGERIA

BUKA  DUBAI

AMIN

LUASKAN PASARAN

KERANA BELUM

ADA SAINAGAN

AMIN

MUNGKIN AKAN

BERTARUNG

DENGAN INDUSTRI

JUAL PHD 

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT lu jangan dok pongpang pongpang gedebe sangat.
Gwa akan lobi kepala negeri untuk beri lu title DPE. Datuk Paduka Emeritus.
Orang Kaya Kaya Negeri.
Sila ke tailor untuk ukur saiz badan nak mengadap ambil pingat.

Tanpa Nama berkata...

lalang tak nak datuk seri ke? Kah kah kah!