Rabu, 17 Disember 2025

MANGSA KELENTONG ANWAR BIN IBRAHIM




Thailand mahu Kemboja umum gencatan senjata dulu bagi hentikan pertempuran


BANGKOK: Thailand tegas mahu Kemboja umum gencatan senjata terlebih dulu bagi hentikan pertempuran antara kedua-dua negara itu selepas lebih seminggu pertempuran berdarah susulan konflik sempadan yang kembali memuncak.

"Sebagai pihak yang menceroboh wilayah Thailand, Kemboja mesti umumkan gencatan senjata terlebih dulu," kata jurucakap Kementerian Luar Thailand, Maratee Nalita Andamo, kepada pemberita di Bangkok.

Tambah beliau, Kemboja juga perlu bekerjasama secara 'ikhlas' dalam usaha penyahaktifan periuk api di kawasan sempadan.

Pertempuran yang kembali tercetus bulan ini antara dua negara jiran Asia Tenggara itu mengorbankan sekurang-kurangnya 34 orang, termasuk anggota tentera dan orang awam, serta menyebabkan kira-kira 800,000 penduduk kehilangan tempat tinggal, menurut pegawai.

Di Kemboja, seramai 17 orang awam dilaporkan terbunuh, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Kedua-dua pihak saling menyalahkan antara satu sama lain sebagai pencetus pertempuran, dengan masing-masing mendakwa bertindak mempertahankan diri sambil bertukar-tukar tuduhan serangan terhadap orang awam.

Kemboja tidak memberikan sebarang maklum balas segera terhadap kenyataan Thailand itu.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sebelum ini turut mendakwa kedua-dua negara sudah bersetuju melaksanakan gencatan senjata bermula malam Sabtu.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, berkata negaranya menyokong inisiatif gencatan senjata yang dicadangkan oleh Malaysia selaku pengerusi blok serantau ASEAN, dengan penyertaan Washington.

Bagaimanapun, pertempuran berterusan setiap hari sejak 7 Disember, merebak ke tujuh wilayah di kedua-dua sisi sempadan, dan Bangkok menafikan dakwaan Trump mengenai persetujuan gencatan senjata.

Kemboja, yang mempunyai kekuatan ketenteraan lebih kecil dan perbelanjaan pertahanan lebih rendah berbanding Thailand, pada Isnin berkata tentera Thailand sudah meluaskan serangan mereka 'jauh ke dalam' wilayah Kemboja.

Phnom Penh menuduh tentera Thailand mengebom wilayah Siem Reap, yang menempatkan kuil purba Angkor berusia berabad-abad yang juga menjadi tarikan pelancongan utama negara itu, buat kali pertama dalam pusingan pertempuran terbaharu.

Pertempuran itu, yang membabitkan penggunaan artileri, kereta kebal dan jet pejuang Thailand, mengorbankan 16 anggota tentera Thailand, seorang orang awam Thailand dan 15 orang awam Kemboja, menurut pegawai.

Phnom Penh tidak melaporkan sebarang kematian anggota tenteranya dalam pertempuran terbaharu itu.

Konflik berkenaan berpunca daripada pertikaian wilayah susulan penandaan sempadan era penjajahan sepanjang 800 kilometer (km) serta kewujudan beberapa runtuhan kuil purba di kawasan sempadan.

Menteri-menteri luar ASEAN dijadualkan mengadakan mesyuarat pada 22 Disember di Malaysia bagi rundingan kecemasan yang bertujuan mencari penyelesaian diplomatik.

Thailand pada Selasa berkata antara 5,000 hingga 6,000 warga Thailand masih terkandas di bandar sempadan Poipet di Kemboja selepas Phnom Penh menutup lintasan sempadan darat dengan negara jiran itu pada Sabtu.

Kementerian Dalam Negeri Kemboja berkata penutupan sempadan itu adalah satu langkah penting bagi mengurangkan risiko terhadap orang awam di tengah-tengah pertempuran yang berterusan. - AFP


SEMUA INI

MANGSA

KELENTONG

ANWAR 

BIN IBRAHIM

AMIN

SIAM PERLU

PERANG UNTUK

BUKTI BUKAN

TUNDUK PADA

TRUMP DAN

ANWAR 

BIN IBRAHIM

AMIN

SIAM PERLU

PERANG UNTUK

AGENDA KEMPEN

PILIHAN RAYA

KHALAS

Tiada ulasan: