Rabu, 17 Disember 2025

GEROMBOLAN UMNO CAKAP MERABAN



Umno juga tak puas hati 'dua Cina' jaga Wilayah Persekutuan

Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar tidak memandang enteng sentimen rakyat yang timbul susulan pelantikan tertentu dalam kabinet baharu, semalam.

Dalam satu hantaran di Facebook, katanya, antara persoalan yang dibangkitkan netizen, katanya, ialah pelantikan Hannah Yeoh dan Lo Su Fui sebagai menteri dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan yang berbangsa Cina.

“Kenapa menteri Wilayah Persekutuan dilantik seorang berbangsa Cina DAP dan timbalan menteri juga daripada seorang berbangsa Cina GRS (Gabungan Rakyat Sabah)?

“Apakah nasib bumiputera bandar? Apakah ini permulaan untuk pilihan raya kerajaan tempatan diadakan?” katanya sambil menambah kerajaan mesti bersedia menjawab persoalan substantif yang sedang dimainkan secara meluas oleh rakyat.

Menurut Asyraf, ini sentimen berkenaan kuat berlegar di ruangan media sosial sejak pengumuman semalam.

“Sentimen sebegini tidak boleh dipandang enteng dan perlu ditangani secara bijaksana,” katanya lagi.

Semalam perdana menteri mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan beberapa menteri dan timbalan menteri bertukar portfolio.

Ini termasuk portfolio menteri Wilayah Persekutuan yang sebelum ini disandang Dr Zaliha Mustafa yang digugurkan dan diberikan kepada Yeoh yang sebelum ini adalah menteri belia dan sukan.

Pemimpin Umno itu terlebih dahulu mengemukakan pecahan komposisi kaum dan parti dalam kabinet, termasuk menteri dan timbalan menteri, sebagai asas perbincangan berfakta sebelum menyentuh reaksi rakyat.

Menurutnya, daripada segi komposisi menteri, seramai 17 adalah Melayu, lima Cina, dua India, lima Bumiputera Sarawak dan tiga Bumiputera Sabah.

Bagi jawatan timbalan menteri pula, Melayu seramai 10 orang, Cina lima, India dua, Bumiputera Sarawak tujuh dan Bumiputera Sabah enam.

Dari sudut pembahagian parti di kalangan menteri, Asyraf Wajdi menyenaraikan sembilan daripada PKR, lima DAP, dua Amanah, lapan Barisan Nasional (BN), lima Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan seorang daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS

SEMUA PARTI &

POLITIKUS SERTA

ORANG RAMAI

BERHATI HATI

AMIN

SUASANA 1967

DAH

KEMBALI SAMPAI

AMIN

TAHUN 2025

KERAJAN MADANI

ANWAR

BIN IBRAHIM

AMAT LEMAH

AMIN

MADANI MAKIN

LEMAH LEPAS 

PRN SABAH

AMIN

TAHUN 1967 

KERAJAAN TUNKU

LEMAH SESUDAH

PRU 1964

AMIN

SINGAPURA KELUAR

MALAYSIA 1965

AMIN

PARTI CHINA NAIK

TOCANG

AMIN

ISU BAHASA MELAYU

DI TIMBULKAN 1967

AMIN

MELAYU NAIK

DARAH

AMIN

HASILNYA PRU

TAHUN 1969 

AMIN

SELEPASNYA

LU TAHU APA

TERJADI

  AMIN 

JUSTERU AWAS

 DAN BERHATI-HATI 

JANGAN ULANGI

SEJARAH

KHALAS

Tiada ulasan: