Khamis, 3 Julai 2025

BELAJAR DARI SIAM




Malaysia Perlu Pengimbang Kuasa, Elak Salah Guna Kedudukan, Kata Rais


KUALA LUMPUR, 3 Jul 25 – Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Dr Rais Yatim berkata Malaysia harus mencontohi mahkamah Thailand yang berani melaksanakan kuasanya tanpa sebarang tekanan.

Mengambil contoh keputusan mahkamah negara itu menggantung perdana menterinya, Malaysia harus mempunyai mekanisme pengimbang supaya tiada pihak yang menyalahgunakan kedudukannya.

“Berita perdana menteri Siam dihukum gantung kerja semata-mata kerana buat panggilan telefon yang kandungannya kontroversial  mencerminkan sesuatu yang kita di Malaysia harus pelajari.

“Mesti ada kuasa dan jentera pengimbang agar tiada mana-mana pihak yang naik tocang lupa daratan dengan jawatannya,” kata Rais, di Facebooknya.

Beliau turut mengepilkan pautan berita BBC berkenaan keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung tugas Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra.

Ia susulan petisyen yang dikemukakan oleh 36 Senator bagi menuntut pemecatannya, berikutan didakwa tidak jujur dan melanggar etika seperti termaktub dalam Perlembagaan negara susulan bocornya satu rakaman perbualan telefon bersama bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, yang tersebar. @politiko.my

KITA JUGA

PERLU BELAJAR

DARI SIAM

AMIN

AMBIK YANG

BAIK 

AMIN 

JANGAN JADI

 KERAJAAN 

MADAFAKA

KHALAS

Tiada ulasan: