Khamis, 3 Julai 2025

ZAKAR SHI BERKATA




Kenyataan Puad Zarkashi Bukti Kerajaan ‘Kudakan’ Agensi Penguatkuasa


KUALA LUMPUR, 2 Jul 25 – Kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Ahmad Puad Zarkashi “kes boleh dicari” terhadap bekas Timbalan Presiden PKR  Rafizi Ramli menjadi bukti wujudnya tindakan kerajaan menggunakan agensi penguatkuasa untuk tujuan tertentu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPT) Bersatu  Wan Saiful Wan Jan berkata, kenyataan Puad itu mengesahkan persepsi kerajaan juga boleh mengarahkan kes seseorang itu dipadam.

“Kalau kes boleh dicari, maksudnya boleh ada yang akan diarahkan untuk mencari. Siapa yang boleh bagi arahan? Siapa yang boleh laksana arahan?

“Jika kes boleh dicari, maka tidak mustahil kes juga boleh dipadam. Itulah tawaran yang diberi kepada saya semasa saya dipujuk untuk lompat parti tahun lepas,” kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dalam kenyataan di Facebook.

Ia sekaligus mengesahkan kenyataannya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Parlimen sebelum ini, kata Wan Saiful.

“Saya anggap kenyataan Puad ini memperkukuh persepsi bahawa kerajaan hari ini bermaharajalela memperkudakan agensi penguatkuasa untuk tujuan politik.

“Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati saya tidak menipu parlimen semasa saya membuat pendedahan itu,” katanya.

Tambahnya, kenyataan Puad itu mendedahkan kerosakan yang dilakukan pentadbiran kerajaan hari ini terhadap institusi.

“Satu demi satu kerosakan kepada institusi yang dilakukan oleh kerajaan PH-BN dibongkar.”

Baru-baru ini,  Mohd Puad Zarkashi menasihatkan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),  Rafizi Ramli supaya tidak `bakar’ (mengkritik) partinya dan kerajaan secara berlebih-lebihan.

Ini kerana, kata beliau, dibimbangi nasib Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi itu berakhir di penjara. @politiko.my


WOIT

WAN SAIPOL

BARU INI

SEDAR ?

KAH KAH KAH

MUSTAHIL TAK

SEDAR 

INI KERAJAAN

MADA FA KA

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semakin berkuasa semakin teruk, semua perniagaan semakin merosot akibat kenaikan harga barang, restoran semakin kosong, orang sudah beratur tepi jalan, makan di warung, inilah berlaku, peniaga menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya janji kantung kerajaan dipenuhi, penguatkuasa menjadi aparcik mengutip hasil tambahan, semua masuk masuk masuk jangan lupa ini Kerajaan Madani Cemerlang kah kah kah