SERANG BOM
BEDAL ZIONIS
ISREAL
AMIN
LAWAN HAPUS
GEMPUR KAUM
ZIONIS
TEMPATAN
KHALAS
Iran lancar gelombang peluru berpandu baharu ke atas Israel
BAITULMAQDIS: Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan gelombang peluru berpandu baharu ke atas Israel.
Tentera Israel, berkata peluru berpandu itu dilancarkan dari Iran, dengan sistem pertahanan berfungsi untuk memintas ancaman berkenaan.
Penduduk di kawasan yang disasarkan sudah menerima amaran menerusi telefon bimbit, menurut tentera.
"Sistem pertahanan sedang beroperasi," kata tentera Israel.
Semalam, IRGC melancarkan gelombang ke-22 Operasi Janji Benar, menyasarkan kedudukan Amerika Syarikat dan Israel dari Teluk Parsi hingga Tel Aviv menggunakan roket Khorramshahr‑4, Khaibar dan Fattah.
Menurut kenyataan rasmi IRGC, operasi itu bermula petang Jumaat dengan kod nama 'Ya Hossein ibn Ali (AS)', sebagai tindak balas terhadap serangan yang membunuh kanak-kanak Iran di sekolah Minab.
Satu daripada roket yang dilancarkan ialah roket ultra-berat Khorramshahr‑4 dengan hulu ledak seberat dua tan dan kelajuan melebihi Mach 14, yang disasarkan kepada sasaran 'musuh kejam negara Iran'.
Kedudukan tentera Amerika dan Israel di Teluk Parsi, Tel Aviv, Lapangan Terbang Ben Gurion, dan pusat ketenteraan di Haifa turut menjadi sasaran.
Seorang pegawai kanan IRGC memberitahu agensi Fars bahawa roket yang digunakan sepanjang tujuh hari terakhir kebanyakannya dari pengeluaran 2012 hingga 2014.
Beliau menegaskan Iran belum menggunakan secara meluas sistem roket generasi baharu, dan industri pertahanan negara itu sedang aktif menghasilkan reka bentuk dan pemasangan pelbagai sistem roket untuk menghadapi perang berpanjangan.
"Dalam beberapa hari akan datang, serangan gaya baharu dijangka menggunakan roket jarak jauh yang lebih canggih dan jarang digunakan," tambah pegawai itu.
Serangan ini berlaku selepas AS dan Israel melancarkan gelombang baru serangan udara terhadap Iran pada 28 Februari, lapan bulan selepas serangan tidak provokasi sebelumnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan