Sabtu, 7 Mac 2026

GULINGKAN KERAJAAN BUKAN SATU JENAYAH


JANGAN MALU

JANGAN SEGAN

AMIN

GULINGKAN 

KERAJAAN

BUKAN

SATU JENAYAH

AMIN

2018 KITA

BERJAYA 

GULINGKAN

KERAJAAN NAJIB

AMIN

MARI RAMAI

RAMAI KITA

TURUN TURUN

KHALAS


Rafizi: Klip sembang dengan Na'imah 'jelas buatan AI'

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menafikan satu klip audio yang mendakwa dia berbincang mengenai rancangan menjatuhkan kerajaan bersama Na’imah Abdul Khalid, balu kepada Allahyarham Daim Zainuddin.

Menerusi hantaran di Facebook, ahli parlimen Pandan itu mendakwa suara dalam rakaman tersebut tidak mungkin miliknya kerana dia tidak pernah menjawab telefon dan bercakap melalui telefon.

Menurut Rafizi, dia mengelakkan sebarang perbualan melalui talian kerana percaya kerajaan memantau talian telefonnya.

“Sebab aku pernah angkat (panggilan) telefon dan aku tak pernah bercakap dekat phone sebabnya phone aku kena tapped (diawasi) oleh kerajaan.

"Sebab itu aku tak ada WhatsApp. Aku tidak pernah angkat telefon, apatah lagi untuk bersembang dengan Toh Puan Na’imah macam gitu.

“Jadi (mereka boleh) cuba lagi. Mungkin selepas ini mereka boleh buat AI (kecerdasan buatan) suara aku rap sikit,” katanya.

Dalam hantaran Facebook itu, Rafizi berkata sesiapa yang berfikiran waras pasti mengetahui klip tersebut dihasilkan menggunakan AI.

Bekas timbalan presiden PKR itu memberi reaksi terhadap klip audio berdurasi 23 saat yang tular di TikTok sejak semalam.

Na’imah, anak-anak disiasat

Rakaman tersebut memaparkan suara dua individu yang kononnya berbincang mengenai sebuah firma komunikasi strategik yang berpangkalan di Amerika Syarikat, dengan gambar Rafizi dan Na’imah dipaparkan di latar belakang.

Na’imah dan anak-anaknya kini disiasat atas dakwaan merancang untuk menjatuhkan kerajaan.

Perkara itu timbul selepas polis menerima laporan bahawa seorang “individu berpengaruh” didakwa mengadakan mesyuarat dalam talian sekitar Julai tahun lalu, yang membincangkan rancangan menggunakan media antarabangsa bagi memberi tekanan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Dua anak Daim, dua peguam, serta beberapa wakil daripada sebuah firma komunikasi strategik antarabangsa dilaporkan turut menghadiri mesyuarat tersebut.

Na’imah sejak itu menyangkal dakwaan berkenaan dan menyifatkan laporan polis tersebut sebagai kes jelas “tindakan seorang lelaki yang tidak berpuas hati.”

Tiada ulasan: