INI BERITA BAIK
INI BERITA TAKUT
AMIN
BAIK SEKARANG
KITA ADA MINYAK
AMIN
TAKUT APA JADI
LEPAS JUN
KALAU PERANG
BERTERUSAN
KHALAS
PETRONAS sahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesen minyaknya terjamin hingga akhir Jun
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di serata negara adalah terjamin hingga akhir Jun depan, lanjutan daripada unjuran hingga akhir Mei yang dibuat sebelum ini.
PETRONAS dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan ia terus aktif menguruskan rantaian bekalan bagi memastikan bekalan mencukupi di seluruh rangkaian stesen minyaknya susulan krisis tenaga global akibat konflik di Asia Barat.
"PETRONAS membekalkan kira-kira 50 peratus daripada keperluan bahan api negara menerusi syarikat senarai awam miliknya, Petronas Dagangan Bhd.
"Jumlah selebihnya dibekalkan oleh syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia," katanya.
Pada masa sama, syarikat minyak dan gas negara itu turut mengulangi komitmen memastikan bekalan bahan api yang stabil serta boleh diharapkan untuk semua rakyat negara ini.
"Orang ramai digalakkan membuat pembelian bahan api ini secara bertanggungjawab dan mengikut keperluan harian masing-masing, serta mengelak sebarang tindakan pembelian panik," katanya.
Penggunaan secara bertanggungjawab itu akan turut memastikan semua mendapat akses bekalan berkenaan secara berterusan.
Pada 1 April lalu, Anwar bin Ibrahim, berkata PETRONAS sedang membantu kerajaan dalam pembekalan minyak serta gas yang mencukupi sekurang-kurangnya hingga Mei depan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan