PERJANJIAN BESAR
KECIL TAK PENTING
AMIN
YANG PENTING
IRAN AKAN TOLAK
PERJANJIAN
JIKA DI PAKSA
TAK BOLEH
ADA TENAGA
NUKLEAR
AMIN
KHALAS
Trump mahu 'perjanjian besar' dengan Iran, bukan 'perjanjian kecil' - Vance
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahukan satu "perjanjian besar" dengan Iran, bukannya "perjanjian kecil" melalui rundingan dengan Republik Islam itu, kata Naib Presiden, JD Vance.
Ia susulan timbul spekulasi bahawa rundingan damai antara Washington dan Tehran mungkin disambung semula dalam beberapa hari akan datang.
Vance membuat kenyataan itu semasa satu acara awam di Universiti Georgia di Athens, Georgia, selepas AS dan Iran gagal mencapai persetujuan dalam rundingan mereka di Pakistan pada hujung minggu lalu, dengan gencatan senjata selama dua minggu dijadual tamat minggu depan, lapor agensi berita Yonhap.
"Dia tidak mahu membuat, seperti, perjanjian kecil. Dia mahu membuat satu perjanjian besar," kata Vance, merujuk kepada Trump.
Naib Presiden itu dilihat menjelaskan bahawa Trump mahu mencapai perjanjian damai menyeluruh dengan Iran, bukannya perjanjian terhad yang mungkin tidak merangkumi semua isu utama.
Beliau berkata, Trump sedang mengemukakan tawaran di mana AS akan melayan Iran "dari segi ekonomi seperti sebuah negara normal" sekiranya Iran sanggup bertindak seperti "negara normal".
"Sebab perjanjian itu belum dimuktamadkan adalah kerana presiden... dia benar-benar mahukan perjanjian di mana Iran tidak mempunyai senjata nuklear, Iran bukan penaja keganasan, tetapi juga rakyat Iran boleh hidup makmur dan menyertai ekonomi dunia," katanya.
Vance, Wakil Khas ke Timur Tengah, Steve Witkoff dan menantu Trump, Jared Kushner, menyertai pusingan pertama rundingan dengan Iran di Islamabad, Sabtu lalu.
Selepas rundingan itu, Vance menegaskan keperluan komitmen "yang jelas" daripada Iran untuk tidak berusaha mendapatkan senjata nuklear.
Semasa rundingan itu, AS mencadangkan penggantungan semua aktiviti nuklear selama 20 tahun, lapor The New York Times.
Sebagai tindak balas, Iran mengemukakan cadangan balas untuk menggantung aktiviti nuklear sehingga lima tahun, menurut laporan itu yang memetik dua pegawai kanan Iran dan seorang pegawai AS.
Dalam satu panggilan telefon dengan New York Post, Trump memberi bayangan beliau tidak gembira dengan laporan media yang mengatakan Washington meminta Iran menggantung pengayaan uranium selama dua dekad.
"Saya telah katakan mereka tidak boleh ada senjata nuklear," katanya. "Jadi saya tidak suka tempoh 20 tahun itu."-- BERNAMA-YONHAP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan