KEMPEN DI LANCAR
TANGKAP IKAT
SAEKOR DILDO
BERNAMA
AZAM BIN BAKI
KHALAS
Sepanduk ‘Tangkap Azam Baki’ jejas ucapan ketua pesuruhjaya SPRM
Aktivis yang membawa sepanduk “Tangkap Azam Baki” mengganggu ucapan ketua pesuruhjaya SPRM semasa ucapan pada program Wacana Ilmiah Perdana anjuran Asia e University (AeU), di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur sekitar jam 2.45 petang tadi.
Pemuda dengan baju berlogo 'Mandiri' itu dikatakan tiba-tiba bangun dan mengangkat sepanduk yang menulis kecaman kepada Azam bin Baki.
Seorang daripada mereka dilaporkan sempat menjerit “Tangkap Azam Baki” ketika ketua pesuruhjaya itu sedang berucap.
Peserta dan wartawan yang berada dalam dewan itu pada mulanya menyangka kejadian itu adalah gimik yang dilakukan penganjur tetapi dikejutkan apabila mereka ditahan dan diarah keluar.
Menurut peguam mereka, Balqis Qisteena, belia-belia itu kemudiannya ditangkap oleh polis bantuan di lokasi kejadian dan dipercayai dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi untuk soal siasat.
Rakaman video menunjukkan Azam yang sedang berucap itu kelihatan agak terkejut dengan kejadian itu tetapi sempat berseloroh.
"Tak apa itu hanya gangguan, jangan tutup TV anda," katanya.
Wartawan di membuat liputan bagaimanapun tidak berjaya mendapatkan ulasan Azam selepas ucapannya berakhir.
Ketua pesuruhjaya SPRM - yang berada di bawah penelitian rapi berhubung pegangan sahamnya - meninggalkan lokasi sejurus selepas gangguan tersebut.
Sementara itu, Mandiri dalam satu kenyataan berkata tiga aktivis sekretariat #TangkapAzamBaki, termasuk dua orang koordinatornya, serta seorang aktivis mahasiswa hadir pada program hari ini.
“Ketiga-tiga mereka hadir bagi menyampaikan bantahan secara aman dan senyap terhadapa isu integriti ketua pesuruhanjaya SPRM, khususnya berhubung kontroversi pemilikan saham dan isu korporat mafia SPRM.
“(Justeru) Mandiri dengan tegas menuntut, bebas segera ketiga-tiga aktivis tersebut dan hentikan segala bentuk intimidasi terhadap aktivis dan mahasiswa
“Lebih mendesak, Mandiri berpandangan bahawa individu yang wajar ditangkap dan disiasat adalah Azam bin Baki sendiri, bukannya rakyat yang menuntut akauntabiliti,” kata kordinatornya, Wong KuKui.
Ketegasan kepimpinan
Dalam perkembangan berkaitan, Azam bin Baki pada ucapannya berkata, kejayaan membanteras rasuah secara berkesan bukan sekadar bergantung kepada kekuatan perundangan, sebaliknya menuntut ketegasan kepimpinan serta pembudayaan integriti yang menyeluruh.
Katanya, sistem yang ampuh sekalipun tetap akan menemukan kegagalan sekiranya barisan kepimpinan lemah dan bersikap kompromi terhadap amalan rasuah.
"Kejayaan atau kegagalan sesuatu sistem tidak ditentukan oleh undang-undang semata-mata, tetapi oleh kepimpinan.
"Sekiranya kepimpinan itu ada ‘political will’ yang jelas, tegas dan tidak berkompromi, walaupun belum adanya sistem yang baik, reformasi dan pergerakan ke arah tadbir urus yang lebih efisien, berintegriti dan mantap akan berlaku," katanya.
Azam bin Baki berkata SPRM kini menggerakkan pendekatan 'Three-Pronged Approach' yang merangkumi pemerkasaan penguatkuasaan yang berkesan, pencegahan menyeluruh dan pengurusan yang efektif.
Dia berkata pendekatan itu bukan sekadar strategi organisasi, tetapi ialah kerangka pemikiran yang perlu diterapkan dalam seluruh ekosistem negara bagi menutup ruang dan peluang kepada perlakuan rasuah.
"Ini kerana rasuah tidak hanya berpunca daripada individu, tetapi daripada sistem yang masih memberikan ruang dan peluang untuk ia berlaku," katanya.
Dalam pada itu, Azam bin Baki berkata SPRM telah mengenal pasti tiga sektor berisiko tinggi yang menjadi fokus utama, iaitu perolehan kerajaan membabitkan isu kartel atau monopoli, sektor penguatkuasaan sempadan serta ketirisan dana awam yang menjejaskan kepentingan rakyat.
Menurutnya, dalam landskap masa kini, amalan tidak beretika itu tidak berlaku dalam 'vakum', sebaliknya melibatkan rangkaian yang merentasi pelbagai sektor termasuk awam, korporat, kewangan dan antarabangsa yang memerlukan penyelesaian menyeluruh

Tiada ulasan:
Catat Ulasan