Selasa, 7 April 2026

MAT DILDO PKR


R. SIVARASA

PELAJAR SAINS

MASUK  UM

SUPER FRESH 

AMIN

MASUK TERUS

KE TAHUN KE DUA

AMIN

DAPAT BIASISWA 

RHODES SCHOLAR

KE OXFORD UNIVERSITI

BELAJAR

 UNDANG-UNDANG

AMIN

MAT DILDO PKR

 BELAJAR DI MANA?

KAH KAH KAH

KHALAS




Air mata Anwar bin Ibrahim , janji dimungkiri: Rafizi bongkar kisah di sebalik lantikan Ramanan
Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa presiden parti, Anwar bin Ibrahim merayu kepadanya dengan genangan air mata supaya bersetuju membenarkan ahli perniagaan, R Ramanan bertanding sebagai calon pada  pilihan raya umum ke-15 lalu.

Rafizi berkata dia memberitahu Anwar bahawa keputusan akhir terletak di tangan presiden PKR, namun selaku timbalan presiden dia meminta Anwar berjanji untuk tidak melantik Ramanan ke sebarang jawatan dalam parti mahupun kerajaan.

“Saya tetap tidak berganjak dan menyatakan keputusan Jawatankuasa Calon bahawa R Sivarasa adalah calon yang lebih sesuai dari segenap aspek.

“Akhirnya,  Anwar bin Ibrahim  dalam keadaan kami sama-sama duduk, memegang lutut saya dan merayu untuk lepaskan Ramanan jadi calon.

“Saya lihat matanya ada genangan air mata. Jadi saya sebut kepada beliau: Kamu ada kata akhir. Saya telah buat segala-gala yang mampu, tapi kalau you berkeras, itu keputusan kamu. Tak perlu rayu macam ini,” katanya.

Menurut Rafizi, presiden PKR itu kemudian menjawab bahawa dia tidak mahu ahli parlimen Pandan itu membuat kecoh.

“Saya jawab balik: Akhirnya ia keputusan kamu. Saya hanya minta Datuk Seri janji that this is as far as Ramanan will go in PKR and politics.

“You will not appoint him further in the party and kalau menang jadi kerajaan, you will not appoint him into the government,” katanya sambil menambah Anwar kemudiannya nampak lega dengan kata-katanya dan bersetuju dengan syarat berkenaan.

Malah, menurut Rafizi terdapat saksi bagi perbualan tersebut. Ramanan kini merupakan naib presiden PKR yang dipilih.

Rafizi juga berkata Anwar telah melanggar janji tersebut apabila melantik Ramanan sebagai timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi dalam rombakan kabinet pada akhir 2023. Dia kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi menteri sumber manusia.

Pendedahan itu dibuat susulan ketegangan yang berlaku di Konvensyen PKR Johor, selepas Ramanan didakwa memberikan nasihat terbuka kepada perdana menteri supaya "jangan salah pilih menteri ekonomi."

“Rakyat menonton sendiri bongkaknya Ramanan sehingga boleh menasihati secara terbuka seorang perdana menteri supaya jangan salah pilih menteri ekonomi. 

“Maknanya, sebelum ini perdana menteri telah buat silap kerana memilih saya menjadi menteri ekonomi.

“Dia mungkin rasa itu cuit manja dia dengan Anwar bin Ibrahim, tetapi orang ramai boleh menilai bahawa adab kebiasaannya bukan begitu. 

“Ramanan berkelakuan demikian kerana dia cukup yakin pengaruhnya dengan Anwar bin Ibrahim,” katanya sambil menambah insiden di Konvensyen PKR Johor Ahad lalu menyaksikan Ramanan disanggah oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim.

“Saya juga ucap terima kasih kepada Saudara Hassan Karim. 

“Masih ada lagi beberapa orang dalam PKR sekarang yang faham tentang adab, jasa, sumbangan, perjuangan dan pengorbanan,” katanya.

Tiada ulasan: