SUSUN ATUR
DAN HASUT
AMIN
TURUN
TURUN TURUN
DEMO TANGKAP
AZAM BIN BAKI
KHALAS
Ucapan Azam Baki di WTC hari ini diganggu reformis
KUALA LUMPUR: Ucapan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam bin Baki hari ini diganggu dua individu yang membawa sepanduk 'Tangkap Azam Baki'.
Azam ketika itu sedang berucap pada program Wacana Ilmiah Perdana di Pusat Dagangan Dunia (WTC), sekitar jam 2.45 petang tadi.
BH melihat dua pemuda yang memakai baju berlogo 'mandiri' tiba-tiba bangun dan mengangkat sepanduk yang menulis kecaman kepada Azam. Mereka turut sempat melaungkan beberapa kenyataan terhadap beliau.
Peserta dan pengamal media yang berada dalam dewan berkenaan pada mulanya menyangka kejadian itu adalah gimik yang dilakukan penganjur tetapi dikejutkan apabila mereka ditahan dan dihalau keluar.
Azam ketika berucap turut dilihat terkejut dengan kejadian itu dan sempat berseloroh untuk semua mengabaikan kejadian.
"Tak apa itu hanya gangguan, jangan tutup TV anda (jangan alihkan perhatian anda)," katanya.
Pengamal media bagaimanapun tidak berjaya mendapatkan kenyataan Azam selepas ucapannya berakhir.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan