Sabtu, 30 Mei 2026

AMERIKA DAH KALAH !!!


GERTAK ANCAM

IRAN TAK TAKUT

KAH KAH KAH

DUNIA NAK TAHU

BILA ASKAR

AMERIKA  NAK

MENDARAT AMBIL

TEHRAN?

KAH KAH KAH

TERIMALAH

 HAKIKAT

AMERIKA

 DAH KALAH

KHALAS



Trump tangguh keputusan muktamad draf perjanjian dengan Iran


WASHINGTON: Beberapa pakar di Amerika Syarikat (AS) memberi amaran berhubung ketidakpastian yang berterusan menyelubungi usaha menamatkan konflik Iran selepas Presiden, Donald Trump, menangguhkan keputusan muktamad mengenai draf perjanjian dengan Tehran, semalam, lapor Xinhua.

Langkah Trump itu dibuat susulan kejayaan AS dan Iran mencapai persetujuan tentatif mengenai memorandum persefahaman untuk melanjutkan gencatan senjata selama 60 hari dan melancarkan rundingan nuklear, sementara menunggu kelulusan muktamad daripada Trump.

Apa yang bakal berlaku seterusnya masih tidak jelas, namun jika tiada gencatan senjata yang berjaya direalisasikan, ia mungkin disebabkan oleh pihak lain selain Tehran dan Washington.

"Jika gencatan senjata 60 hari tidak menjadi kenyataan, ia dipengaruhi terutama oleh pilihan kerajaan Netanyahu (Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu) untuk meneruskan konflik di barisan hadapan Israel-Lubnan, selain ketidakupayaan AS untuk mengawal Netanyahu," kata penyelidik di Pusat Pengajian Antarabangsa dan Keselamatan di Universiti Maryland, Clay Ramsay, kepada Xinhua.

Susulan serangan dilancarkan AS-Israel ke atas Iran, Hizbullah pada Mac lalu menyertai pertempuran itu dengan melancarkan roket, peluru berpandu dan dron ke utara Israel.

Sebagai tindak balas, Israel melancarkan serangan udara dan kempen darat berskala besar ke dalam wilayah Lubnan.

Walaupun jika gencatan senjata berlaku, tiada jaminan bahawa ia akan bertahan.

"Untuk memastikan gencatan senjata itu kekal, AS dan Israel perlu menerima hakikat bahawa Iran tidak akan membuat konsesi (tolak ansur) terlebih dahulu tanpa melihat AS dan Israel melakukan perkara sama pada masa sama," kata Ramsay.

Beberapa pakar pula berpandangan Rumah Putih tidak memberikan perhatian kepada seni diplomasi yang diperlukan untuk menjayakan perjanjian sedemikian.

"Banyak perkara berlaku ini berpunca daripada Trump yang tidak menghargai usaha senyap-senyap di sebalik tabir yang diperlukan dalam hal ehwal antarabangsa," kata profesor sains politik di Saint Anselm College, Christopher Galdieri.

Beliau berkata, terdapat risiko apabila pentadbiran Trump 'sentiasa mengumumkan perjanjian, gencatan senjata atau kemenangan yang bakal berlaku, namun ia akhirnya tidak pernah menjadi kenyataan.'

Dalam pada itu, semakin lama konflik terbabit berlarutan, semakin besar potensinya untuk menjejaskan peluang Parti Republikan pada pilihan raya pertengahan penggal, November depan.

"Setiap hari, Trump mempunyai kenyataan baharu mengenai penamatan konflik Iran, namun konflik itu masih belum berakhir.

"Rakyat melihat harga minyak yang tinggi dan ketiadaan strategi jelas untuk menamatkan konflik itu. Ini menjadi masalah politik yang besar buat Trump," kata Felo Kanan Brookings Institution, Darrell West.





 

Tiada ulasan: